ARKIB : 08/01/2013
Thailand berkongsi kejayaan 'Peraturan Bangkok'
KUALA LUMPUR 7 Jan. - 'Peraturan Bangkok' yang memberi tumpuan kepada keadilan untuk banduan wanita yang diperkenalkan di Thailand telah berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara berkenaan.
Modul yang lebih dikenali sebagai 'Projek Kamlangjai' itu dihasilkan anak perempuan Putera Mahkota Thailand, Puteri Bajrakitiyabha sejak 2006 dan sedikit demi sedikit diperakui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai peraturan pertama di dunia yang memberikan kesan proaktif kepada banduan.
Sehubungan itu, PBB mengiktiraf Kamlangjai atau kini dijenamakan sebagai 'Inspire' sebagai 'Peraturan Bangkok'.
Bajrakitiyabha dalam ucapannya berkata, Inspire bertujuan memberikan sokongan dan bantuan untuk menjalani kehidupan baharu termasuk peluang pekerjaan khusus kepada banduan wanita dan golongan remaja sejak mereka berada di dalam penjara sehingga dibebaskan.
''Selain itu untuk menggalakkan dan menerapkan sikap terbuka dan bersedia memberikan peluang kali kedua dalam kalangan rakyat Thailand terhadap semua bekas banduan termasuk pesalah lelaki.
''Kita tidak mahu bekas-bekas banduan merasa terpinggir lalu menyebabkan mereka memilih kembali melakukan jenayah. Oleh itu, dengan amalan keadilan untuk pesalah ini, kadar jenayah dapat dikurangkan dan rakyat akan menjalankan kehidupan lebih harmoni,'' katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama bertajuk 'Kelebihan amalan Peraturan Bangkok terhadap pesalah wanita' di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) sempena lawatan sehari, di samping merasmikan pameran Inspire di institusi berkenaan.
Beberapa pensyarah serta profesor Fakulti Undang-Undang, Universiti Prince Songkhla yang merupakan kumpulan penyelidik bersama Bajrakitiyabha dalam Peraturan Bangkok turut menyertai lawatan tersebut.
Bajrakitiyabha seterusnya memberitahu, berikutan kejayaan Peraturan Bangkok di negara tersebut, dasar tersebut telah diamalkan secara langsung di beberapa penjara di Thailand seperti Ratchaburi Central Prison, Samui Island Prison dan Udon Thani Central Prison.
Menurutnya, masyarakat dan agensi berkaitan jenayah di negara itu sememangnya digesa supaya memberikan layanan yang adil dan sama rata kepada pesalah dan bekas banduan, sekali gus Thailand kini lebih terbuka dalam berhadapan dengan isu tersebut.
Inspire turut menubuhkan pertubuhan kebajikan khas untuk menjaga golongan banduan dan bekas banduan termasuklah mereka yang mempunyai anak-anak bagi memastikan kumpulan tersebut tidak terkecuali daripada menerima segala insentif daripada kerajaan serta bantuan lain.
Enam anak Felda takluk Everest
Malaysia lobi kerusi Majlis Keselamatan
SPR tubuh pasukan khas semak guna dakwat kekal
PPPR syor tiga langkah perangi rasuah
2 kementerian setuju NBOS diperkasa
Dua kementerian bergerak senada
CUEPACS gesa boikot AirAsia
Perkasa desak Kalimullah mohon maaf
Kalimullah tidak faham sejarah, lupa diri
AirAsia enggan bawa pulang jenazah dari Jogjakarta
MAS sedia perkhidmatan bawa jenazah
7 muka baharu Exco N. Sembilan
Blog kemas kini senarai boikot produk
Richard tumpu isu gaji minimum
Kesihatan Azizan semakin baik
Pengguna kapal terbang naik 2.17j
Fiesta 75 Tahun Utusan menanti di Festival Belia Putrajaya 2013
Raja Nazrin rasmi Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
Dakwat kekal: SPR tubuh pasukan khas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









