VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 07/01/2013

SPNB bakal bina 21,000 rumah mesra rakyat

Idris Haron

MELAKA 6 Jan. - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bakal membina sebanyak 21,000 unit rumah di bawah program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di seluruh negara pada tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata, SPNB akan membina RMR1M berharga RM65,000 seunit dengan nilai subsidi sebanyak RM20 juta serta subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak dua peratus.

Menurutnya, SPNB telah diberi kepercayaan oleh kerajaan dengan peruntukan RM320 juta bagi membina sebanyak 22,855 unit kediaman termasuk pangsapuri kos rendah dan sederhana, RMR1M serta rumah mampu milik.

"Daripada jumlah itu, SPNB bakal membina sebanyak 21,000 RMR1M manakala selebihnya 1,855 unit lagi merupakan unit pangsapuri kos sederhana yang bernilai antara RM120,000 hingga RM220,000," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Rakyat Bersama SPNB di Dataran 1Malaysia, Klebang di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr. Rashdan Salleh.

Pada majlis itu, SPNB turut mengadakan pameran serta penerangan berkenaan projek perumahan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di Taman Sutera Wangi, Batu Berendam di sini.

Jelas Idris, pembinaan RMR1M adalah dalam usaha membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri.

Katanya, RMR1M diharap dapat memberi keselesaan kepada orang ramai dengan kemudahan lengkap termasuk tiga bilik tidur dan dua bilik air berkeluasan 1,000 kaki persegi berkonsepkan Integrated Building System (IBS).

"Syarat kelayakan permohonan RMR1M juga telah dilonggarkan di mana pendapatan maksima telah dinaikkan dari RM1,500 kepada RM3,000 seisi rumah bagi membolehkan lebih ramai golongan berpendapatan rendah mendapat peluang memiliki rumah tersebut," tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.