VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 30/12/2012

Persoal Himpunan Shamsidar

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Penganjuran Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini yang bertujuan memastikan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin tidak menjadi saksi di mahkamah, dilihat sebagai gimik politik murahan pakatan pembangkang.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, himpunan tersebut hanya sekadar rancangan pembangkang untuk terus mengelirukan rakyat daripada mengetahui kebenaran.

"Adalah menjadi satu kemestian bagi pembangkang untuk mempergunakan dan menipu rakyat dengan mengadakan demonstrasi jalanan dari semasa ke semasa yang kononnya proses demokrasi.

"Himpunan Shamsidar adalah cubaan untuk mengelirukan proses undang-undang yang berlangsung di mahkamah dan mengekang umum daripada mengetahui perkara sebenar," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan yang mendakwa pembangkang merancang mengadakan Himpunan Shamsida beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd., pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.

Kelmarin, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.

Nallakaruppan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 23 Mei lalu menyenaraikan kira-kira 10 orang termasuk Shamsidar bagi membuktikan dakwaannya berhubung seksualiti bekas rakan baiknya itu.

Jelas Azwanddin, himpunan tersebut juga bertujuan memastikan Shamsidar tidak naik ke kandang saksi untuk memberi sebarang keterangan yang tidak menyebelahi pembangkang.

"Apa istimewanya dia sehingga tidak perlu tampil memberi keterangan? Setiap individu akan ke mahkamah untuk membuktikan mereka tidak bersalah.

"Kami ingin tahu, mengapa Shamsidar perlu takut menghadapi perbicaraan ini? Berani kerana benar, jika tidak salah, buktikan sahaja," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin melahirkan rasa hairan dengan motif himpunan yang akan diadakan.

"Saya rasa amat pelik sekali, apa objektif sebenar penganjuran demonstrasi ini.

"Shamsidar harus berani naik ke mahkamah demi membersihkan nama dia dan keluarganya. Jangan cuba lari daripada undang-undang dengan sengaja mengadakan demonstrasi murahan," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.