ARKIB : 30/12/2012
Awang Adek nafi tuduhan Kelantan
BACHOK 29 Dis. - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin menyifatkan Pas Kelantan semakin terdesak untuk menyelesaikan isu penawaran tanah balak kepada pemimpin DAP di Sungai Relai, Gua Musang apabila cuba mengaitkan nama beliau dalam kemelut tersebut.
Awang Adek berkata, kenyataan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang dilaporkan cuba mengaitkan namanya dalam kancah tersebut jelas menunjukkan kerajaan negeri semakin tertekan.
Beliau berkata, dakwaan Ahmad Fadhli bahawa beliau mengetahui perkara tersebut dengan merujuk surat yang ditandatanganinya sewaktu menjadi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bertarikh 16 Januari 2006, adalah tidak berasas.
Ini kerana jelas Awang Adek, surat berkenaan sekadar memanjangkan permohonan bagi mendapatkan bantuan membangunkan tanah bagi projek penyelidikan dan pembangunan bersepadu tanaman getah serta industri hiliran di kawasan berkenaan.
“Surat itu dikeluarkan berikutan permohonan Pengurus Besar Upayapadu Plantation Sdn. Bhd., Bazlin Ab. Hamid untuk mendapatkan bantuan yang berkaitan.
“Saya tidak ada halangan mengenai permohonan syarikat itu bagi meningkatkan kegiatan ekonomi di negeri Kelantan. Itulah yang tertera dalam surat berkenaan dan saya tidak tahu menahu berhubung pemilikan atau pemajakan tanah kepada pemimpin DAP terbabit seperti mana yang didakwa," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Awang Adek berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tabloid yang memetik kenyataan Ahmad Fadhli tiga hari lepas meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro UMNO berhenti mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi penjelasan sebenar membabitkan isu tersebut dengan mendakwa ia dalam pengetahuannya.
Menurut Awang Adek, adalah menjadi prosedur biasa di kementerian ketika itu beliau menandatangani surat permohonan seumpama itu kerana ia untuk pembangunan ekonomi negeri ini.
Bagaimanapun jelas beliau, soal pentadbiran tanah bukan di bawah bidang kuasa kementerian sebaliknya merupakan tanggungjawab kerajaan negeri.
Isu pemberian tanah tersebut semakin mendapat perhatian selepas Nik Abdul Aziz didakwa menyerahkan tanah itu sebagai balasan pemimpin DAP terbabit membenarkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak selepas Pilihan Raya Umum 2008.
USM bekerjasama dengan universiti luar negara kaji penyakit keturunan
Harga tembikai dijangka stabil menjelang Ramadan - FAMA
Nur Liyana catat kecemerlangan di Amerika Syarikat
KPN janji garis strategi drastuk tangani jenayah seluruh negara
10 anggota Exco Negeri Sembilan angkat sumpah
Majlis angkat sumpah ADUN Terengganu 16 Jun
Kes 4 mati di MRR2: Pemandu Proton Satria didakwa minggu depan
PDRM tubuh Jabatan Pencegahan Jenayah tangani masalah jenayah
Penggabungan selesai sebulan
Enam anak Felda takluk Everest
Malaysia lobi kerusi Majlis Keselamatan
SPR tubuh pasukan khas semak guna dakwat kekal
PPPR syor tiga langkah perangi rasuah
2 kementerian setuju NBOS diperkasa
Dua kementerian bergerak senada
CUEPACS gesa boikot AirAsia
Perkasa desak Kalimullah mohon maaf
Kalimullah tidak faham sejarah, lupa diri
AirAsia enggan bawa pulang jenazah dari Jogjakarta
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









