VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 20/12/2012

Tiada rusuhan kaum di Sungai Petani

SIK 19 Dis. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan sebanyak 21 orang bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes pergaduhan di daerah Kuala Muda dua hari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20-an.

Katanya, mereka ditahan bagi membantu siasatan dan beliau tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditahan.

"Berita palsu yang disebarkan ini termasuk kematian tiga atau dua orang awam telah menjejaskan proses siasatan malah menimbulkan perasaan tidak tenteram orang awam.

"Polis mengesahkan tiada kematian dalam kejadian itu sebaliknya hanya beberapa orang yang cedera," katanya selepas menyampaikan ucapan pada Program Desa Selamat di Felda Teloi Timur dekat sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebar khabar angin kononnya berlaku insiden rusuhan kaum di sekitar Sungai Petani sejak dua hari lalu.

Mengenai dakwaan bahawa seorang anggota polis cedera kerana diserang, beliau menjelaskan, kes tersebut tiada kaitan dengan unsur perkauman.

"Kes ini berlaku secara kebetulan di mana seorang pegawai polis yang sedang bercuti dikatakan berselisih faham dengan seorang lelaki semasa membeli barang.

"Ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan unsur perkauman seperti yang disebarkan," katanya.

Ditanya tentang kejadian pergaduhan antara dua kumpulan remaja pada 16 Disember lalu, Abdul Ghafar berkata pergaduhan ini melibatkan dua kumpulan remaja yang berlainan bangsa dan bukannya berpunca daripada rusuhan kaum.

Dalam pada itu, di KUALA LUMPUR, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis sedang menjejaki individu yang terlibat menyebarkan maklumat tidak sahih di laman sosial berhubung kejadian pergaduhan di Kuala Muda.

"Jika benar berlaku darurat, saya sebagai Ketua Polis sudah pasti tahu terlebih dahulu. Tapi ini tidak benar," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Motosikal Unit Rondaan Bermotosikal di Bandar Kinrara, Puchong hari ini.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat tidak sahih di laman sosial.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.