ARKIB : 18/12/2012
Pelanggan Pos Malaysia berpeluang menang Proton Preve
KUALA LUMPUR 17 Dis. - Pelanggan Pos Malaysia berpeluang memenangi hadiah utama, sebuah kereta Proton Preve 1.6 AT dan wang tunai dengan menyertai Peraduan Senang Menang@POS yang bermula hari ini.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, penganjuran peraduan itu bertujuan meningkatkan jumlah transaksi di setiap cawangan dan memberikan kesedaran kepada pelanggan tentang 300 jenis perkhidmatan, produk serta transaksi yang ditawarkan Pos Malaysia.
Katanya, Pos Malaysia mengendalikan 105 juta transaksi setahun melibatkan pembelian barangan pos, pembayaran bil, urusan transaksi kewangan, pembaharuan cukai jalan serta lesen memandu dan pembelian produk insurans.
"Menerusi ganjaran istimewa yang diberikan kepada pelanggan setia kami dalam peraduan ini, kami berharap jumlah transaksi akan meningkat sebanyak 10 hingga 20 peratus sebulan," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Peraduan Senang Menang@POS di sini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Pos Niaga, Datuk Mearia Hamzah.
Menurut Mohd. Shukrie, peraduan yang menawarkan hadiah utama, sebuah Proton Preve 1.6AT dan lima buah motosikal modenas CT110, selain wang tunai RM3,000 (pemenang utama) dan RM500 bagi 20 pemenang sagu hati setiap minggu akan diadakan selama 10 minggu berturut-turut bermula hari ini hingga 24 Februari 2013.
Katanya, peraduan terbuka kepada semua warganegara Malaysia serta penduduk atau pekerja asing yang mempunyai kad pengenalan, pasport dan nombor telefon yang sah.
"Syarat lain yang perlu dipatuhi pelanggan ialah melakukan transaksi dan mendapatkan satu borang peraduan yang telah disahkan di mana-mana 704 buah cawangan Pos Malaysia serta 24 cawangan Pos Bergerak di seluruh negara.
"Peserta boleh menghantar sebanyak mana penyertaan dan borang perlu dilengkapkan dengan mengisi butiran peribadi, jawapan untuk segmen carian perkataan, melengkapkan slogan kreatif dan melekatkan setem 30 sen pada sampul surat," katanya.
Empat dihukum gantung kerana bunuh Sosilawati dan tiga yang lain
Polis tahan 18 individu sertai perhimpunan depan Lokap Berpusat Kuala Lumpur
Pencegahan jenayah ditingkat
PDRM, SPRM jalin kerjasama tingkat integriti anggota, pegawai
Kerajaan hormati pendirian NGO
Rakyat diminta pilih MAS, Firefly
Izan nafi terima bantuan AirAsia
'Balaslah sokongan pengundi'
Dua bulan siapkan strategi
Ibu bangga anak tawan Everest
Malaysia di landasan terbaik capai Wawasan 2020
Noh akui gagal bantu Barisan Nasional tawan semula Selangor
Pusat media festival dirasmi
Elak ke kawasan rekreasi berisiko
Lata Bayu ditutup sementara waktu
Simbol perpaduan UMNO-Pas
Sunni, Syiah usah berbalah
Bahaya demonstrasi jalanan
RON97 turun 20 sen malam semalam
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









