VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 13/12/2012

Kerajaan mahu lahir ramai akauntan bumiputera

MOHD. Shafie Apdal menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian kolaborasi dalam bidang perakaunan antara Halim Saad (kiri) dengan Ismail Junuh (kanan) sambil diperhatikan Sohaimi Shahadan (dua dari kanan) dan Hassan Malek (dua dari kiri), di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 12 Dis. - Lebih ramai pelajar bumiputera dari luar bandar berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan dengan termeterainya kerjasama strategik antara Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dengan tiga universiti dari New Zeland dan Kolej Antarabangsa KYS.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, kerjasama tersebut perlu bagi memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai akauntan bertauliah dalam kalangan bumiputera pada masa depan.

Katanya, inisiatif tersebut juga sejajar dengan matlamat kerajaan yang memerlukan seramai 65,000 akauntan bertauliah menjelang 2020.

"Mengikut statistik pada 2011, terdapat seramai 31,971 akauntan bertauliah tetapi daripada jumlah itu, hanya 8,350 orang (26.12 peratus) bumiputera manakala kaum Cina 22,070 orang dan bakinya kaum India," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kolaborasi di antara KPTM dengan Kolej Antarabangsa KYS dan tiga universiti dari New Zealand di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek, Pengerusi KPTM, Datuk Sohaimi Shahadan, Pengerusi Kolej Antarabangsa KYS, Tan Sri Halim Saad dan Timbalan Presiden Bahagian Akademik KPTM, Ismail Junuh.

Tiga universiti itu adalah Victoria University of Wellington, University of Auckland dan University of Canterbury.

Perjanjian kolaborasi itu memerlukan pelajar mengikuti pengajian selama empat tahun iaitu dua tahun di Malaysia dan baki lagi di New Zealand.

Menurut Mohd. Shafie, buat permulaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menaja seramai 200 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia dari Maktab Rendah Sains Mara untuk tempoh setahun bagi mengikuti program pengajian hasil kerjasama itu.

"Saya percaya kerjasama ini bukan hanya dapat memberi peluang pendidikan yang lebih luas malah selari dengan agenda pembangunan modal insan negara dan Pelan Induk Pendidikan Mara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.