ARKIB : 10/12/2012
Perkasa Felda Ulu Tebrau lancar tabung
JOHOR BAHRU 9 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Felda Ulu Tebrau melancarkan Tabung Bantuan Guaman Utusan Malaysia sebagai tanda sokongan dan membela akhbar itu yang berdepan tindakan saman daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya mengenai kebebasan beragama.
Yang Dipertua Perkasa Felda Ulu Tebrau, Abd. Razak Abd. Rahim berkata, pertubuhan tersebut mengambil inisiatif untuk melancarkan tabung berkenaan sebagai tanda sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Utusan Malaysia yang sering memperjuangkan orang Melayu dan Islam.
"Tidak dinafikan Utusan Malaysia sejak penubuhannya 73 tahun lalu tidak putus-putus memperjuangkan isu berkaitan agama, bangsa dan negara.
"Justeru, apabila ada pihak mahu menyaman disebabkan isu-isu yang sering diperjuangkan Utusan Malaysia selama ini, kita tidak akan berdiam diri," katanya pada majlis pelancaran tabung berkenaan di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, di sini semalam.
Abd. Razak berkata, tabung tersebut akan digerakkan ke seluruh kawasan di Felda Ulu Tebrau dan kawasan sekitarnya.
Beliau berharap rakyat khususnya orang Melayu membantu menyalurkan sumbangan mereka kepada tabung berkenaan.
Beliau turut menyeru Nurul Izzah supaya kembali ke pangkal jalan dan tidak perlu menegakkan benang yang basah berkaitan isu berkenaan.
Menteri, ADUN Sarawak dapat kenaikan gaji
Mekanik ditahan miliki 5 senapang angin
6 pendaki negara takluk puncak Everest
Abu Zahar gesa Karpal hormati Perlembagaan
JKR siasat kejadian bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas runtuh
20 murid SK Bukit Lintang keracunan susu
Kereta terpakai: JPJ Selangor, dua pihak dibenar merayu
Rakyat Singapura dipenjara 7 hari kerana pandu secara melulu
Pusat peruntuk RM69 juta bangun syiar Islam di Kelantan
3 lagi pendaki negara tiba di puncak Everest
12 cemas bumbung masjid runtuh
Omar Kaseh Ketua Pengarah MAMPU baharu
Dua pendaki Everest-Felda berjaya sampai puncak pagi ini
Dalang Lahad Datu diketahui
Itu perbuatan gopoh - Nik Abduh
Banteras rasuah kukuhkan kedudukan pemimpin
Kerajaan usaha turun caj internet
Ekonomi separuh kedua kukuh
Sistem penggiliran penguat kuasa KPDNKK
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









