VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 09/12/2012

Perkasa minta semua pihak terima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

IBRAHIM Ali beramah mesra dengan sebahagian daripada 520 murid yang mendapat keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah selepas menyampaikan sumbangan wang dan beg sekolah di Pasir Mas, semalam.

PASIR MAS 8 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta semua pihak menerima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang bakal dibentangkan oleh kerajaan tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya percaya pelan tersebut digubal oleh kerajaan selepas mendengar tuntutan daripada semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, pelan tersebut tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur politik.

"Perkasa sekali lagi meminta semua pihak memberi sokongan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang sudah hampir selesai.

"Saya percaya kerajaan mendengar semua tuntutan NGO yang praktikal dan tidak bertentangan dengan matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan tetapi sekiranya ia bercanggah dengan dasar tersebut, sewajarnya ia diketepikan dan golongan yang menuntut itu harus menerima apa yang dibuat oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 520 pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan itu menerima hadiah berupa wang tunai, baucar dan beg sekolah.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, semua pihak juga telah diberi peluang oleh kerajaan untuk menyampaikan pandangan dalam sesi pendengaran awam yang diadakan sebelum ini.

"Pelan itu bukan agenda parti pemerintah tetapi digubal atas kehendak rakyat kerana melalui pendengaran awam pelbagai maklumat dan cadangan telah diterima dan ditapis.

"Tambahan pula mereka yang terlibat dalam menggubal jawatankuasa terdiri daripada mereka yang cerdik pandai dan ini akan memberi kebaikan kepada negara pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata, hadiah kecemerlangan peperiksaan tersebut diadakan buat tahun ke-25 berturut-turut untuk pelajar cemerlang di kawasan Parlimen berkenaan.

"Ini majlis tradisi saya pada setiap tahun malah ada di antara pelajar yang dibantu telah mendapat pekerjaan, bagi saya pelajar cemerlang harus diberi dorongan secara berterusan supaya mereka dapat mengekalkan kecemerlangan itu.

"Saya mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan ibu bapa kerana kerjasama erat ini telah terbukti dapat meningkatkan tahap kecemerlangan tersebut. Sebagai contoh, setiap tahun keputusan UPSR menunjukkan peningkatan dan tahun ini seramai 520 orang mendapat 5A berbanding 400 pelajar pada tahun lalu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.