ARKIB : 09/12/2012
Perkasa NS lancar tabung bela Utusan Malaysia
SEREMBAN 8 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri melancarkan tabung bantuan guaman sebagai tanda sokongan terhadap Utusan Malaysia yang berhadapan dengan tindakan saman daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Yang Dipertua Perkasa negeri, Datuk Mohd. Noor Nordin Abdullah berkata, inisiatif itu sebagai tanda sokongan Perkasa dalam usaha menentang pihak yang mempertikaikan kredibiliti serta perjuangan akhbar ini.
''Ini kerana kami mendukung 100 peratus perjuangan Utusan Malaysia yang sentiasa menjadi suara kepada orang Melayu dan Islam di negara ini sejak merdeka lagi," katanya selepas melancarkan Tabung Bantuan Guaman Utusan Malaysia Perkasa Negeri Sembilan di pekarangan Masjid Negeri, di sini, semalam.
Jelasnya, kutipan tabung itu turut akan dilakukan di setiap daerah di negeri ini bermula hari ini sebelum diserahkan kepada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali pada Persidangan Agung Perkasa 15 Disember ini.
''Kita juga berharap inisiatif ini dapat menyedarkan orang Melayu, sekali gus membuka mata terhadap tanggungjawab kita membela agama, bangsa dan negara tercinta ini," katanya.
Nurul Izzah dilaporkan telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia, Berita Harian dan media lain yang didakwa memutar belit kenyataannya berhubung kebebasan beragama.
Laporan portal berita propembangkang pada 3 November lalu memetik Nurul Izzah berkata: Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
PM seru rakyat bergerak sekumpulan
Kegemilangan pemerintahan berakhir jika alpa kejayaan dicapai - Raja Nazrin
Tindakan tahan pencetus huru-hara wajar
Parti politik boleh kemuka petisyen bantah PRU-13
AirAsia X kecewakan jemaah
Lagi kesatuan pekerja bidas AirAsia, jadikan pilihan terakhir
Dewan Rakyat bersidang mulai 24 Jun
'Mesti tegas bendung ajaran sesat'
Rakyat tidak minat sertai spring
Rosmah mahu Bakti lebih aktif, bantu tingkat imej kepemimpinan negara
Siti Hanisah cipta rekod baharu
7 agensi beruniform perinci tuntutan skim gaji
Kualiti pendidikan di pedalaman dilonjak
Pengusaha kimpalan kereta tawar kemahiran kepada belia Melayu
AIM bantu 90 peratus ahli keluar dari kemiskinan
13 barang kawalan sempena Pesta Kaamatan
Pendidik perlu pantas jayakan PPPM - Musa
Kematian adik saya dapat pembelaan - Zaidah
Ibu Sosilawati puas hati pembunuh dihukum
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









