ARKIB : 08/12/2012
Tidak patuhi kontrak: 11 kem PLKN ditutup sejak 2004
KUANTAN 7 Dis. - Sebanyak 11 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara diarah tutup sejak 2004 selepas pengusaha terbabit tidak mematuhi terma kontrak yang sedia ada.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, ini termasuk sebuah kem yang ditutup tahun ini iaitu Kem PLKN Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar kerana mempunyai masalah dengan kontraktor dan vendor.
Menurutnya, tindakan yang diambil itu merupakan peringatan kepada pengusaha kem PLKN supaya tidak mengambil ringan kepada keselamatan dan kebajikan pelatih kerana mereka merupakan keutamaan JLKN.
“Tindakan itu diambil selepas pihak kami telah berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan dan mendapati mereka tidak melaksanakan tanggungjawab seperti yang telah dipersetujui bersama," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Komandan Kem PLKN 2012 di Cherating dekat sini hari ini.
Pada majlis itu, Abdul Hadi turut menyampaikan cek bernilai RM20,000 yang dikutip di 81 buah kem PLKN di seluruh negara untuk disalurkan kepada rakyat Palestin menerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Aqsa Syarif.
Mengulas lanjut beliau berkata, tindakan ini juga menunjukkan mesej yang jelas kepada ibu bapa bahawa JLKN tidak memandang ringan mengenai keselamatan anak-anak mereka ketika menjalani latihan.
“Kita tidak boleh bertolak ansur kepada mana-mana pihak yang cuba menjejaskan nama baik PLKN. Ini juga satu mesej yang jelas kepada ibu bapa dan masyarakat bahawa pelatih-pelatih merupakan keutamaan pihak kami," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, mulai tahun hadapan semua aktiviti air tidak akan dilaksanakan di dalam kolam semula jadi sebaliknya akan menggunakan kolam renang.
Bagaimanapun katanya, para pengusaha diberi pilihan sama ada membina sendiri kolam berkenaan di kem masing-masing atau menyewa kolam renang yang berdekatan kem mereka.
Sementara itu, katanya, seramai 42,000 pelatih yang lahir pada tahun 1995 dari seluruh negara akan dipanggil untuk menjalani latihan PLKN bagi kemasukan Kumpulan 1 Siri 10/2013 mulai 3 Januari ini.
“Mereka yang terlibat boleh mula membuat semakan mulai hari ini menerusi laman web www.khidmatnegara.gov.my atau menghubungi JLKN di talian 03-40274000," katanya.
Paul Low letak jawatan Presiden Transparency International Malaysia
Tangani ajaran sesat tanpa kompromi
Penahanan di bawah Akta Hasutan bukan tindakan keras - Bekas KPN
200,000 dijangka meriahkan Fiesta 75 Tahun Utusan
Segera bertindak terhadap Red Bean Army
KDCA-ISCEP adakan Konsert Kaamatan Ahad malam
Trafik arah utara bergerak perlahan
NextGen e-Perolehan dijangka diguna 2015 - Timbalan Menteri
FAMA tambah 1,000 motosikal roda tiga kepada pembekal buah, sayur
Polis boleh ambil tindakan ke atas Anwar
Sebahagian Lebuh Raya Bukit Jalil ditutup Isnin
Gabungan KPM, KPT kini dikenali Kementerian Pendidikan - TPM
Gambar lampu padam hari mengundi fitnah, dirakam sebelum PRU-13 - SPR
Kahwin bawah umur: Perketat undang-undang sivil, syariah
SEB pastikan kelestarian projek tenaga boleh diperbaharui
3 juta biji kelapa diimport keperluan Ramadan
Idris saman PKR tuduh kurung 24 petugas SPR Parlimen Besut
Ajar Mandarin, Tamil di SK dikaji - TPM
Cadangan BN parti tunggal perlu kajian mendalam - TPM
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









