VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 06/12/2012

Wanita penyumbang penting perkembangan, pembangunan negara

JOHOR BAHRU 5 Dis. - Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita (WBN) dalam Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) menyambut ulang tahun ketujuhnya hari ini dan meneruskan usaha mendepani cabaran perbezaan gender yang masih wujud.

Pengerusinya, Datuk Dr. Norraesah Mohamad berkata, meskipun masih ada 'cetakan sosio-psikologi' masyarakat dalam dunia membangun namun wanita berjaya memajukan diri dan merebut peluang dengan penyertaan mereka di peringkat korporat dan pengurusan.

"Maka, menjadi fokus WIEF khususnya WBN untuk membangunkan wanita dalam perniagaan dan keusahawanan. WIEF percaya dan semakin jelas menunjukkan bahawa wanita adalah penyumbang penting kepada perkembangan dan pembangunan negara.

"Kita mengambil pendirian positif, gelas air itu separuh penuh walaupun sebenarnya dua pertiga kosong! Masa depan cemerlang menanti wanita dan kita boleh mengisi penuh gelas itu jika peluang diberikan," katanya dalam ucapan pembukaan hari kedua WIEF Ke-8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

WBN WIEF ditubuhkan untuk mempromosi, memperkembang dan memperkukuh penyertaan wanita dalam perniagaan dengan keyakinan bahawa bidang perniagaan dan keusahawanan sebagai gerbang dan jalan kepada kehidupan berdikari dan kebebasan ekonomi wanita.

Tumpuan diberikan kepada pendekatan praktikal dengan menyediakan program latihan untuk ahli perniagaan dan usahawan wanita terutama mereka yang baru bermula serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi pengurusan kewangan, strategi pasaran, penjenamaan dan pembungkusan.

Norraesah berkata, matlamat itu boleh dicapai apabila sesebuah negara mengiktiraf wanita sebagai aset ekonomi, sumber manusia yang berharga dan bukan untuk dieksplitasi.

Beliau berkata, pendidikan juga memperkasa wanita dengan evolusi yang dialami dunia menyaksikan perubahan nilai apabila golongan tersebut tidak lagi 'dirantai' di dapur, kecuali mereka yang memilih untuk berbuat demikian.

"Dengan Wall Street goyah terutamanya ekoran kejatuhan Lehman Brothers, sifat wanita yang berjaga-jaga dengan risiko dilihat sebagai pengawal semula jadi terhadap urusan yang melampau dan berisiko," katanya.

Beliau berpendapat, teknologi adalah rakan terbaik wanita dalam perniagaan apabila golongan tersebut merupakan pengguna terbesar dunia yang mengetahui kehendak dan kedudukan pasaran.

Mengenai program bengkel terbaru yang dilancarkan awal tahun ini, Webreach Internet Marketing Workshop yang disasarkan kepada perusahaan mikro dan PKS dalam usaha mengembangkan pasaran mereka secara dalam talian, beliau berkata, kali pertama bengkel tersebut diadakan di Kuala Lumpur dan yang terbaru di Nairobi, Kenya dengan dihadiri 31 wanita tempatan, Uganda dan Tanzania.

"Internet, Facebook dan Twitter menawarkan perkara yang tidak dapat difikirkan oleh wanita dan membawa dunia di depan mereka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.