VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 02/12/2012

5 sekeluarga maut

Keadaan kenderaan pelbagai guna dan lori tangki yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 13, Jalan Endau-Mersing, Johor, semalam.

MERSING 1 Dis. - Lima sekeluarga terbunuh manakala seorang lagi cedera parah berikutan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 13, Jalan Endau-Mersing di sini pagi ini.

Dalam nahas ngeri pukul 7.30 pagi itu, empat daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sementara seorang lagi di Hospital Mersing. Mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama.

Mangsa maut ialah pemandu MPV jenis Nissan Grand Livina, Abdullah M. Yusof, 43, isterinya, Samsiah Maidin, 37, anak mereka, Muhammad Aiman Syakirin Abdullah, 8, dan Maisarah Abdullah, 4, serta kakak iparnya, Noraini Maidin, 41.

Mangsa yang dirawat di hospital itu pula ialah seorang lagi anak pasangan berkenaan, Amar Haziq, 3.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rasid berkata, kemalangan berlaku apabila MPV itu tiba-tiba hilang kawalan sejurus tiba di lokasi kejadian dan masuk ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah lori tangki.

Difahamkan, kesemua penumpang kenderaan itu dalam perjalanan dari Felda Air Tawar 5 menuju ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang untuk menghantar adik Samsiah mendaftar masuk ke universiti berkenaan.

"Mereka dikatakan berkonvoi dua kenderaan dengan sebuah lagi kereta dinaiki bapa serta ibu mertua Abdullah, Maidin Mohamad, 66, dan Minah Ismail, 60, bersama adik iparnya, Muhammad Hakimi Maidin, 18, yang akan mendaftar di UiTM.

"Semasa kejadian, kenderaan yang dinaiki tiga beranak itu berada jauh di hadapan," katanya ketika dihubungi di sini.

Kata beliau, pemandu lori tangki, Azhar Mohd. Othman, 29, tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihak polis akan mengambil keterangannya bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, kesemua mangsa yang berasal dari Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.

Dalam pada itu, Maidin ketika ditemui di rumah mayat Hospital Mersing berkata, dia dan isteri serta anak mereka yang memasuki UiTM terkejut dengan kejadian tersebut, namun reda dengan kejadian itu.

Menurutnya, dia hanya mendapat tahu mengenai kejadian itu selepas dihubungi seorang ahli keluarga sebelum berpatah balik ke lokasi insiden.

"Saya tidak sangka kejadian ini menimpa keluarga kami. Kami berkonvoi dari rumah ke Jengka untuk menghantar anak saya mendaftar di UiTM. Saya sedih kerana tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan mereka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.