VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 30/11/2012

MARDI perluas pasaran ayam kampung

JOHARI Baharum (tengah) dan Abd. Shukor Abd. Rahman (kiri) melihat baka ayam kampung MARDI selepas melancarkan baka itu sempena MAHA 2012 di Serdang, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 29 Nov. - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menyasarkan penjualan sebanyak RM5.025 bilion baka ayam kampung bagi memenuhi kehendak pasaran tempatan dan global sekali gus menjana pendapatan lumayan kepada penternak.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharum, sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan permintaan yang semakin meningkat berbanding tahun lalu.

MARDI, katanya, begitu komited dalam usaha membiakkan baka ayam kampung di dalam negara serta untuk pasaran Brunei dan Singapura.

"Pembiakan ini adalah untuk menghasilkan stok induk biak baka ayam kampung yang lebih seragam dari segi sifat fizikal dan prestasi serta mampu menghasilkan ayam kampung berkualiti bagi memenuhi cita rasa pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Baka Ayam Kampung MARDI sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2012) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr. Abd. Shukor Abd. Rahman dan Ketua Pengarah MARDI, Dr. Azizan Ab. Rashid.

Jelas Johari, kadar pembesaran dan telur ayam kampung MARDI adalah lebih baik berbanding ayam kampung asli kacukan atau ayam pedaging berbulu perang yang diimport.

"Berat ayam kampung MARDI boleh mencecah sehingga 1.5 kilogram dalam tempoh 12 minggu manakala kadar penelurannya antara 60 hingga 65 peratus, sekali gus menjana pendapatan lumayan bagi penternak," ujarnya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.