ARKIB : 27/11/2012
Exco Pas Kedah persoal Karpal
ALOR SETAR 26 Nov. - Seorang Exco kerajaan Negeri Kedah hari ini melontarkan persoalan kepada Karpal Singh apakah bekalan air yang disalurkan kepada rakyat di Pulau Pinang percuma berikutan permintaan Pengerusi DAP itu agar negeri tersebut tidak memperdagangkan sumber semula jadi kerana air satu anugerah tuhan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, meskipun air itu anugerah tuhan, penjagaan sumber alam itu termasuk untuk mengekalkan kawasan tadahannya melibatkan perbelanjaan.
"Yang syarikat air caj bekalan air itu macam mana? Ini bukan soal dagang, soal sekarang kena bayar, (atau) tidak kena bayar.
"Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang bagi percuma ke? Itu untuk air yang dirawat. Yang ini air mentah tetapi hutan kena jaga, penguatkuasaan kena buat dan melibatkan kos," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Karpal yang menyindir kerajaan Pas Kedah dengan meminta supaya tidak menjadikan air sebagai satu perniagaan ekoran kemelut yang timbul antara Kedah dan Pulau Pinang berhubung isu air mentah.
Pengerusi DAP itu hari ini dilaporkan sebagai berkata: "Air adalah anugerah Tuhan dan jangan jadikannya sebagai perniagaan."
Phahrolrazi berkata, kerajaan Pas Kedah tetap berpegang dengan rancangannya untuk menjual bekalan air mentah kepada Pulau Pinang kerana telah memutuskan bahawa setiap liter air mentah yang dikeluarkan dari negeri ini harus dibayar.
Menurut beliau, kerajaan negeri telah meluluskan satu enakmen dan di dalamnya terdapat peruntukan bagi menubuhkan satu badan iaitu Lembaga Sumber Air Negeri Kedah untuk menjaga sumber airnya.
"Nak jaga air pun libatkan perbelanjaan, bukan percuma walaupun air hujan itu percuma. Jadi dalam enakmen itu memperuntukkan bahawa boleh dikenakan bayaran kepada mana-mana pihak yang mengambil air mentah yang berpunca dari negeri ini," katanya.
Kata beliau, fokus kerajaan Pas Kedah sekarang ialah untuk menjayakan proses rundingan antara 'kerajaan negeri dengan kerajaan negeri' pada bulan depan dengan memberikan penjelasan tentang penjualan bekalan air mentah kepada negeri sekutunya itu.
"Biar kita runding dulu. Kita akan guna kaedah-kaedah sebab melibatkan perundangan dan hak," katanya.
Bilik gerakan jerebu akan dibuka
IPU Johor, Melaka, Selangor tidak sihat
Nafi ada pertempuran dengan pengganas
Tentera Darat tumpu 4 teras
Kabinet setuju tubuhkan Mahkamah Koroner kendali kes kematian ketika dalam tahanan
Wanita perlu atasi halangan psikologi untuk menjadi insan berjaya - Rosmah
Syed Mokhtar swastakan Jeti Kuala Kedah?
Keputusan tidak boleh berhimpun di Padang Merbok muktamad - Polis
SPAD disaran pastikan harga tambang kekal - LPKPM
Terima realiti Terengganu negeri ke-11 termiskin
Lelaki tidak serius tentang kanser
Majikan perlu sensitif - MNA
Syor Pangkor, Pengkalan Hulu kawasan bebas cukai
Konvensyen impak sistem meritokrasi terhadap pelajar Melayu
Perlu bijak rancang bajet beli kereta - NGO
Rembau mahu muncul nombor satu dalam pencapaian PMR
SPRM tingkat keselamatan pegawai
Kedah tubuh makmal transformasi
Kakitangan awam pantau harga barang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










