VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 26/11/2012

Wartawan Utusan terima anugerah Puteri UMNO

KUALA LUMPUR 25 Nov. - Wartawan Utusan Malaysia, Wan Noor Hayati Wan Alias memenangi Anugerah Kesatria Puteri Penulisan Media sempena Himpunan Wanita Muda 2012, anjuran Pergerakan Puteri UMNO.

Pengiktirafan itu diberikan hasil kejayaan beliau menggondol hadiah Wartawan Terbaik Kategori Medium Melayu pada Anugerah Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) selain konsisten menghasilkan berita-berita eksklusif.

Beliau menerima hadiah trofi dan barangan kecantikan tajaan Mustika Ratu dan pakaian tajaan Jakel yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain Wan Noor Hayati, 11 lagi wanita antaranya, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin (Anugerah Kesatria Puteri Kesenian) atlet terjun negara, Pandalela Renong, (Anugerah Kesatria Puteri Sukan) turut diraikan.

Manakala anugerah tertinggi iaitu Anugerah Nusa Mahsuri pula diberikan kepada Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim kerana sumbangan baginda dalam aspek kemanusiaan.

Sementara itu, Wan Noor Hayati ketika ditemui dalam majlis tersebut memberitahu, sebagai seorang wartawan, beliau melaksanakan setiap tugasan dengan tenang dan gembira kerana yakin setiap tanggungjawab mampu dilaksanakan.

"Anugerah hari ini juga membuktikan usaha Puteri UMNO dalam mengiktiraf sumbangan dan kuasa wanita dalam bidang masing-masing," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.