ARKIB : 16/11/2012
Pasangan pengantin sanding dalam bas
MELAKA 15 Nov. - Hasil dedikasi terhadap kenderaan yang menjadi punca rezekinya sejak empat tahun lalu, seorang pemandu bas memilih untuk bersanding di dalam kenderaan itu sebagai detik kenangan paling istimewa melangkah ke alam perkahwinan.
Ghazali Shafie, 31, yang bekerja sebagai pemandu bas Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) memilih untuk menjadikan kenderaan tersebut sebagai tempat persandingan bagi mengabadikan nostalgia cinta bersama isterinya, Joliati Jalaludin, 31.
Menurut Ghazali, dia mula mengenali isterinya yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalung, Sungai Siput, Perak itu sejak lebih enam tahun dahulu.
"Sebelum ini saya bekerja di kilang Proton Holdings Bhd. (Proton) di Shah Alam dan berpeluang mengenali isteri di Kuala Lumpur dan menjalinkan hubungan cinta selama lebih enam tahun," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis tersebut di Taman Bukit Baru, Bukit Beruang di sini hari ini.
Majlis yang diadakan di rumah keluarga pihak lelaki itu dihadiri oleh seramai kira-kira 2,000 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua pihak.
Kata Ghazali, dia dan isteri bersetuju untuk memilih bas sebagai tempat persandingan mereka kerana ia jarang sekali dilakukan oleh orang lain.
Tambahnya, majlis itu diadakan secara sederhana namun menarik perhatian kerana jarang sekali orang ramai memilih untuk bersanding di dalam kenderaan awam seperti ini.
"Hasil persetujuan keluarga daripada kedua-dua belah pihak, kami bersetuju melangsungkan persandingan unik ini di dalam bas.
"Saya berharap acara yang penuh bermakna dan lain daripada yang lain ini akan menjadi kenangan paling manis buat kami berdua sebagai suami isteri," ujarnya.
BN jadi parti tunggal?
Dua bekas KPN anggap tindakan tangkap betul
Jangan politikkan tangkapan di bawah Akta Hasutan
Subjek bahasa Mandarin, Tamil di sekolah kebangsaan diteliti
Polis boleh ambil tindakan ke atas Anwar
Kalimullah diberi seminggu
Kontroversi patut buka mata AirAsia
Boikot produk syarikat demi kesejahteraan negara
Gabung pertahan Utusan Malaysia perjuang hak bumiputera
Kagum semangat kental Siti Hanisah
Gembira anak tawan puncak Everest
Longgarkan syarat visa tarik pelajar
Kazakhstan hasrat miliki agensi seperti Tabung Haji
Perjuangan Islam, Melayu perlu diorganisasi
Palanivel bertemu PM bincang kebajikan masyarakat India
Palanivel nafi lulus resolusi larang rebut jawatan Presiden
Tingkatkan kerohanian belia
200,000 dijangka meriahkan Fiesta Utusan
Golongan muda perlu rujuk al-Quran, As-Sunnah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









