VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 14/11/2012

15,000 kunjungi Puteri Harbour dalam tempoh kurang sebulan

Para pengunjung menyaksikan persembahan Hello Kitty di Taman Tema Keluarga Puteri Harbour di Nusajaya, Johor, semalam.

NUSAJAYA 13 Nov. - Tidak sampai sebulan dibuka, Taman Tema Keluarga Puteri Harbour yang turut menempatkan Sanrio Hello Kitty Town yang pertama seumpamanya dibina di luar Jepun mendapat sambutan apabila menerima kunjungan kira-kira 15,000 orang.

Taman tema kedua dibina dalam kawasan Iskandar Malaysia di Nusajaya dengan kos kira-kira RM115 juta dan dibuka sejak 26 Oktober lalu itu optimis mencapai sasaran seramai 500,000 pengunjung dalam tempoh setahun selepas memulakan operasinya.

Penolong Naib Presiden Bahagian Operasi Themed Attractions and Resorts Sdn. Bhd., Fahruddin Najumudeen berkata, sehingga kini, purata kedatangan pengunjung setiap hari kira-kira 1,500 orang dan boleh mencecah sehingga 2,500 pada cuti hujung minggu.

"Jumlah pengunjung juga dijangka meningkat ekoran cuti sekolah yang bermula minggu ini. Malah, kita tidak akan menutup operasi bagi membolehkan semua pengunjung yang datang dari dalam dan luar negara menikmati dan merasai pengalaman menarik di taman tema ini.

"Kita menjangkakan taman tema keluarga ini menarik lebih ramai pengunjung dengan pembukaan hotel dan beberapa tarikan baru seperti Restoran Lat's Kampung Boy," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pengunjung, warga Colombia, Tatiana Flores, 36, berkata, dia mengetahui kewujudan taman tema tersebut melalui internet dan hebahan rakan-rakan.

"Mereka mengesyorkan saya membawa keluarga ke sini dan melalui sendiri pengalaman di dunia Hello Kitty ini. Sejujurnya taman ini sangat menarik dan berbaloi untuk dikunjungi," katanya yang menetap di Kuala Lumpur sejak empat tahun lalu.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.