VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 13/11/2012

Jelas status program ijazah Kuin

Abi Norzuadin Abdullah (empat dari kiri) menunjukkan laporan polis berhubung program ijazah tahfiz al-Quran Kuin yang tidak mendapat pengiktirafan MQA di Alor Setar, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 12 Nov. - Kolej Universiti Insaniah (Kuin) didesak supaya menjelaskan status program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat yang ditawarkan di kolej itu kerana program tersebut dipercayai masih gagal mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi.

Wakil Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Negeri Kedah, Abi Norzuadin Abdullah berkata, difahamkan graduan kumpulan pertama program itu seramai tujuh orang sehingga kini gagal mendapatkan pekerjaan yang sesuai kerana tidak mendapat pengiktirafan MQA.

"Sebagai sebuah pertubuhan yang meletakkan agama dan bangsa sebagai landasan perjuangan, pihak kami terpanggil untuk mendesak Kuin untuk menjelaskan perkara tersebut.

"Ini satu kerugian dan penganiayaan kepada pelajar yang mengikuti program tersebut kerana kami mendapat maklumat ada di antara mereka terpaksa menjadi pemandu teksi dan menoreh getah bagi menampung hidup selepas tamat belajar," kata beliau selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, di sini hari ini.

Abi Norzuadin berkata, pelajar terlibat hanya menyedari ijazah yang diperoleh pada hari konvokesyen Kuin pada 17 September lalu tidak diiktiraf apabila mereka cuba memohon pekerjaan dalam sektor awam.

"Pelajar ini juga berbincang dengan pihak pengurusan Kuin, namun sehingga kini pihak kami difahamkan status program tersebut masih tidak diketahui sama ada mendapat pengiktirafan MQA atau tidak.

"Kami amat simpati dengan nasib yang dialami oleh tujuh pelajar tersebut kerana mereka tidak dapat mengembangkan ilmu yang dipelajari selama bertahun-tahun di Kuin.

"Pihak kami juga berharap Kuin dapat menjelaskan perkara ini dengan segera demi kebaikan pelajar kerana kami difahamkan terdapat kira-kira 30 orang pelajar sedang mengikuti program ini di Kuin," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.