ARKIB : 05/11/2012
Kad keahlian Rukun Tetangga dilancar
SHAH ALAM 4 Nov. - Kad keahlian Rukun Tetangga yang diyakini mampu menjadi daya penarik kepada golongan muda untuk mendaftar sebagai ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di komuniti masing-masing dilancarkan hari ini.
Kad keahlian tersebut dilancarkan serentak dengan Majlis Taklimat Akta Rukun Tetangga 2012 dan Pelancaran Program 1KRT 1Komuniti anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) negeri di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, di sini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, banyak kelebihan yang dimiliki oleh pemegang kad keahlian Rukun Tetangga yang diberikan terhad kepada 25 individu di setiap KRT.
Beliau berkata, idea yang diilhamkan JPNIN itu juga merupakan kaedah terbaik pada masa kini untuk membolehkan KRT disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.
"Antara kelebihan kepada pemegang kad tersebut ialah kadar diskaun di antara 10 hingga 50 peratus ditawarkan di 250 premis perniagaan di seluruh negara.
"Sebagai percubaan untuk menilai keberkesanannya, kad keahlian Rukun Tetangga itu akan diperkenalkan di Selangor terlebih dahulu dan jika berkesan akan diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran.
Hadir sama Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Azman Amin Hassan dan Pengarah JPNIN Selangor, Abdul Halim Omar.
Menurut Tsu Koon, peningkatan setiap tahun dari segi jumlah KRT menjadi faktor utama Selangor menjadi pendahulu kepada pelaksanaan kad eahlian Rukun Tetangga
"Sehingga Oktober tahun ini sebanyak 746 KRT telah diwujudkan di Selangor, berbanding hanya 668 KRT sepanjang tahun lalu," katanya.
Pendaki wanita termuda tawan Everest
Adam Adli didakwa di Mahkamah Sesyen
Empat dihukum gantung kerana bunuh Sosilawati dan tiga yang lain
Polis tahan 18 individu sertai perhimpunan depan Lokap Berpusat Kuala Lumpur
Pencegahan jenayah ditingkat
PDRM, SPRM jalin kerjasama tingkat integriti anggota, pegawai
Kerajaan hormati pendirian NGO
Rakyat diminta pilih MAS, Firefly
Izan nafi terima bantuan AirAsia
'Balaslah sokongan pengundi'
Dua bulan siapkan strategi
Ibu bangga anak tawan Everest
Malaysia di landasan terbaik capai Wawasan 2020
Noh akui gagal bantu Barisan Nasional tawan semula Selangor
Pusat media festival dirasmi
Elak ke kawasan rekreasi berisiko
Lata Bayu ditutup sementara waktu
Simbol perpaduan UMNO-Pas
Sunni, Syiah usah berbalah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









