VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 31/10/2012

Penerima BR1M ingin kemas kini data perlu daftar semula

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ingin mengemaskini data sedia ada seperti pertukaran alamat atau kematian ketua keluarga diminta mendaftar semula.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memberitahu, pendaftaran permohonan bantuan itu bermula pada 1 November ini manakala tarikh tutup akan diumumkan kelak.

“Borang permohonan BR1M boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Pejabat Cawangan dan Pusat Perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Penerangan serta agensi-agensi kerajaan.

“Penerima juga boleh memuat turun borang melalui laman web LHDN di www.hasil.com.my," kata kenyataan tersebut.

Jelas kenyataan itu, pembayaran BR1M akan dibuat kepada penerima yang layak mulai awal tahun depan.

“Kriteria penerima tetap sama iaitu bantuan RM500 kepada ketua isi rumah yang berpendapatan kasar bulanan RM3,000 ke bawah.

“Sebagai tambahan, pemberian BR1M sebanyak RM250 akan diberikan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang pendapatan kasar RM2,000 sebulan," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau keluarga.

Kenyataan tersebut menyebut, penerima yang layak itu merangkumi;

* Individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa.

* Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun dan ke bawah.

* Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 atau sebelumnya dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Bagi individu bujang, kata kenyataan tersebut, kriteria yang layak adalah mereka yang bujang termasuk balu, janda atau duda yang tiada tanggungan berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

Sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada e-mel: br1m2@treasury.gov.my atau menghubungi talian hotline 1-800-222-500 yang beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat bermula 1 November ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.