ARKIB : 30/10/2012
IMR TV, FM salurkan mesej Islam, Melayu, raja
KUALA LUMPUR 29 Okt. - Orang ramai bakal disajikan dengan mesej tentang Islam, Melayu dan raja (IMR) apabila sebuah lagi siaran televisyen dan radio berinternet beroperasi Rabu ini.
Menurut kenyataan akhbar IMR Network Sdn Bhd., siaran IMR TV dan IMR FM yang beroperasi di Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam itu merupakan satu-satunya rangkaian yang bersiaran melalui Internet selama 24 jam.
IMR TV dan IMR FM yang boleh dilayari menerusi imrnetwork.my bertujuan memastikan tunggak pembinaan negara sentiasa diberi keutamaan oleh segenap lapisan masyarakat termasuk rakyat Malaysia di perantauan.
"Selain memberi keutamaan kepada menyampaikan mesej tentang Islam, Melayu dan raja, siaran ini juga menyajikan rancangan-rancangan hiburan yang menekankan unsur-unsur pembinaan sahsiah.
"Filem, klip video serta muzik terpilih akan menemui penonton dan pendengar secara online real time," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Program-program bercirikan Islam merupakan salah satu slot keutamaan dalam kedua-dua siaran itu.
"Slot itu akan mengetengahkan personaliti-personaliti baharu terdiri daripada golongan muda sebagai langkah menarik minat remaja yang merupakan kumpulan sasar terbesar dalam dunia Internet.
"Di samping itu, segmen-segmen politik semasa akan ke udara melalui bual bicara dan wacana minda seperti Sembang Politik, Debat Politik, Hard Talk Politik, Debaran Pilihan Raya Umum Ke-13 dan sebagainya,'' jelas kenyataan itu.
Ahli-ahli panel diberi kebebasan untuk berhujah dan berdebat tanpa berselindung tetapi masih dalam lingkungan budaya dan akhlak murni.
"Selain itu, pakar kanak-kanak dan remaja juga sedang mengaturkan program prasekolah dan alam persekolahan supaya golongan tersebut juga boleh menjadi pelayar-pelayar setia kedua-dua siaran berkenaan.
"IMR Network Sdn. Bhd. turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk tujuan latihan amali serta keperluan-keperluan lain yang berkaitan kepada penuntut jurusan komunikasi dan penyiaran," kata kenyataan itu.
Jerebu bertambah buruk, topeng mula digunakan
Kedah tubuh makmal transformasi ke arah negeri maju
Skuad Pengguna kakitangan awam pantau harga barang
3 negeri diwarta kawasan larangan pembakaran terbuka
Mahkamah Koroner ditubuh tangani kes kematian tahanan
Tiada pertempuran denggan pengganas Kiram - Esscom
Tidak perlu layan pembangkang
Bajet 2014 dibentang 25 Oktober - PM
KDN bantu kekang fahaman Syiah
Titah Sultan Mizan perlu dijadikan panduan
Isu tudung boleh gugat perpaduan rakyat
Haram halang pakai tudung
Malaysia fokus pembangunan kandungan
Wujudkan dasar dakwah kebangsaan
'Kenaikan 30% adalah mustahil'
'Sultan Sulu' tiada hak terhadap Sabah - Musa Aman
Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri rasmi kampus baharu MSU
MyCC diarah siasat PMBOA di bawah Akta Persaingan
Penyalahgunaan ICT dipantau
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










