VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 24/10/2012

Inventori cerun siap Mac 2013

SHAZIMAN Abu Mansor (dua dari kanan) dan Che Abdullah Hasandi Abdullah meninjau kerja-kerja pembaikan cerun di Seksyen 57, Laluan FT 59, Jalan Ringlet di Tanah Rata, Cameron Highlands, semalam.

CAMERON HIGHLANDS 23 Okt. - Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam proses menyiapkan inventori kira-kira 21,000 cerun di Jalan Persekutuan di seluruh negara bagi membantu kerajaan mengenalpasti serta merancang strategi pembaikan dan pemulihan, khususnya membabitkan cerun yang bermasalah.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, sehingga kini, cawangan Kejuruteraan Cerun JKR telah berjaya menyiapkan 75 peratus daripada inventori tersebut yang dijangka siap sepenuhnya pada Mac depan.

Menurut beliau, inventori merangkumi maklumat kira-kira 16,000 cerun di Semenanjung, 3,000 (Sabah) dan 2,000 di Sarawak akan digunakan sebagai pangkalan data mengandungi semua butiran terperinci berkenaan cerun terlibat, termasuk lokasi, risiko dan kategorinya.

"Inventori ini tujuannya memetakan kawasan cerun supaya kita tahu data peribadi cerun itu. Apabila kita tahu data peribadinya, kita tahu di kawasan cerun mana patut diberi perhatian dan buat pemantauan yang lebih sebab ada cerun yang risiko tinggi dan ada yang sederhana sahaja.

"Kalau boleh kita mahu bersedia dari awal kerana kerja-kerja pembaikan cerun melibatkan kos yang amat tinggi selain untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti mana berlaku di Hulu Klang yang mengakibatkan empat orang terbunuh dan kejadian runtuhan di Rumah Anak Yatim Al-Takwa di Hulu Langat, mengorbankan 14 nyawa. Kita tidak mahu kejadian sama berulang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau kerja-kerja membaikpulih cerun gagal di Seksyen 57, Laluan FT 59, Jalan Ringlet di Tanah Rata, di sini hari ini.

Turut serta dalam lawatan itu, Pengarah Bahagian Cerun JKR, Dr. Che Abdullah Hasandi Abdullah.

Shaziman memberitahu, laporan penuh inventori itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) setiap negeri sebagai rujukan bagi kerja-kerja penguatkuasaan dan pemantauan.

"Setakat ini kementerian telah membelanjakan RM221.6 juta daripada RM360 juta yang diperuntukkan bagi kerja-kerja pembaikan berskala kecil seperti memperbaiki struktur penahan cerun dan program pembaikan cerun berskala besar seperti 'soil nailing', 'ground anchor' dan 'mikro pile' dan bagi kerja-kerja mengumpul data.

"Bagi kawasan Semenanjung Malaysia hampir selesai bagaimanapun untuk Sabah dan Sarawak kita menghadapi sedikit masalah kerana bentuk muka buminya serta kedudukan yang jauh di pedalaman," katanya.

Dalam perkembangan sama, Shaziman memberitahu, kerja-kerja pembaikan sedang giat dilakukan ke atas 10 cerun di laluan Simpang Pulai-Lojing-Gua Musang-Kuala Berang yang dikenalpasti bermasalah.

Sehingga kini, katanya, lima daripadanya telah berjaya disiapkan manakala selebihnya dalam proses pembaikan dan dijangka selesai penghujung tahun ini.

"Ini merupakan susulan lawatan yang pernah saya lakukan pada Ogos 2010. Pada masa itu, saya telah diberitahu terdapat 15 cerun bermasalah di laluan itu yang merupakan jalan utama yang menghubungkan timur dan barat serta lazim digunakan pengguna.

"Sebanyak RM84 juta telah dibelanjakan untuk tujuan itu manakala baki lima cerun lagi dalam proses pengumpulan data," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.