VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 24/10/2012

796 terima darjah kebesaran sempena Keputeraan Sultan Pahang

KUANTAN 23 Okt. - Seramai 796 menerima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sempena ulang tahun ke-82 Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Daripada jumlah itu, 11 orang menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Mereka ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan Pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Zoal Azha Yusof; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur; Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Daniel Syed Ahmad;

Pengerusi Telekom Malaysia Berhad Datuk Dr. Halim Shafie; Penasihat Sains Perdana Menteri Prof Datuk Dr. Zakri Abdul Hamid; Panglima Medan Tentera Darat Lt. Jen. Datuk Zulkiple Kassim; Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Wira Salleh Mat Rasid; Ketua Pegawai Eksekutif Unit Inovasi Khas Jabatan Perdana Menteri Datuk Kamaljit Singh; dan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Amcorp Trade Centre Datuk Vijayeswaran Vijayaratnam.

Sebelas orang lagi dianugerah Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd. Sofian Tan Sri Abdul Razak; Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim; Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang Datuk Mat Zara'ai Alias; Pegawai Kewangan Negeri Pahang Datuk Norzan Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang Datuk Hoh Khai Mun; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Pahang Datuk Ishak Muhammad;

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan Pahang Datuk Ir. Mohd. Soffi Tan Sri Abd Razak; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin; Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Pahang Datuk Fong Koong Fuee; pemangku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Farida Mohd. Ali dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad Datuk Ir. Azman Mohd.

Seramai 20 orang pula dianugerahi Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk.

Antaranya ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan Datuk Zulkifli Yaacob; Pengarah Pelajaran Pahang Yahya Zainal Abidin dan Ketua Jurutera Tentera Darat Brig. Jen. Datuk Ir. Abdul Nasser Ahmad.

Seramai 98 orang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Datuk.

Antara penerima DIMP ialah Ketua Pengarang Media Prima Berhad Mohd. Lokman Hamidi; Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hijrah Media Corporation Bukhari Che Muda; Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Ahmad Fuad Daud; Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukan Malaysia Pahang 2012 Ahmad Hairi Hussain; Ketua Penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Nasir Adam; Pengarah Mahkamah Pahang dan Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan Noradidah Ahmad; dan Pengarah Hospital Pekan Dr. Daud Othman.

Sultan Ahmad Shah turut berkenan menganugerahi Darjah Setia Ahmad Shah Pahang kepada 21 penerima, Darjah Setia Mahkota Pahang kepada 60 penerima, Ahli Ahmad Shah Pahang kepada 36 penerima dan Ahli Mahkota Pahang kepada 99 penerima.

Selain itu, 128 orang dianugerahi Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 91 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 221 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

Majlis penyampaian anugerah pingat dan Darjah kebesaran akan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.