VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 24/10/2012

SPR: Jangan lapor polis untuk bohong

PUTRAJAYA 23 Okt. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi mengingatkan semua pihak agar tidak membuat dakwaan atau laporan polis untuk melakukan pembohongan.

Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, sebarang perkara yang mencurigakan, pertanyaan atau rujukan terhadap daftar pemilih boleh dirujuk terus ke Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Ibu Pejabat SPR di sini.

Beliau secara spesifik merujuk laporan Harakah bertajuk 'laporan polis dibuat kes pindah pengundi' bertarikh 22-25 Oktober lalu yang menyebut anggota Jabatan Pilihan Raya Pas Selangor, Misran Serman membuat satu laporan polis ke atas tiga kes pemindahan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burung.

"Dalam laporan itu, Misran mendakwa SPR telah memindahkan pemilih Zainuddin Mokhtar dari DUN Sungai Burung ke DUN Kemayan dalam Parlimen Bera, Md. Yusof Iman dipindahkan dari DUN Sungai Burung ke Lancang dalam Parlimen Temerloh dan Mohd. Rusli Ismail dari DUN Lancang ke DUN Sungai Burung," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tegas beliau, semakan SPR mendapati ketiga-tiga nama yang disebut dalam laporan Harakah itu adalah pemilih berdaftar.

Katanya, Zainuddin Mokhtar mendaftar sebagai pemilih pada tahun 1979 di lokaliti Felda Tementi dalam daerah mengundi Felda Tementi dalam DUN Kemayan.

Md. Yusof Iman pula, katanya, mendaftar sebagai pemilih pada tahun 1980 di lokaliti Kampung Sungai Kepong dalam DUN Lancang dan Mohd. Rusli Ismail mendaftar sebagai pemilih pada tahun 1993 di lokaliti Kompok J Tali Ayer 2 Sungai Burung dalam daerah mengundi Sungai Burung Utara di DUN Sungai Burong.

"SPR telah meneliti rekod pendaftaran pemilih ketiga-tiga nama itu dari tahun mula mendaftar sebagai pemilih sehinggalah kepada rekod terkini dan mendapati tidak ada sebarang perubahan pada lokaliti pemilih-pemilih berkenaan atau bukti telah dipindahkan ke tempat lain.

"Begitu juga semakan kepada rekod daftar pemilih semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 dan PRU ke-12 mendapati ketiga-ketiga nama itu masih kekal mengundi dalam lokaliti yang sama," katanya.

SPR sehubungan itu, katanya, meminta Misran menghubungi Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Ibu Pejabat SPR di Putrajaya untuk membuat rujukan terhadap Daftar Pemilih berkenaan.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.