VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 21/10/2012

Contohi kemajuan Melaka

MELAKA 20 Okt. - Kerajaan Pas Kelantan di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu belajar dan mencontohi Melaka sebagai sebuah negeri yang maju dalam pelbagai bidang.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Nik Abdul Aziz dan Exco kerajaan negeri perlu datang dan tinggal di Melaka supaya dapat belajar cara untuk mengurus, mentadbir dan membangunkan negeri.

Menurutnya, walaupun Melaka adalah negeri kecil dan tidak mempunyai tanah serta hasil bumi yang banyak berbanding Kelantan, ia berjaya dibangunkan hasil inisiatif dan usaha keras kerajaan negeri yang dipimpin Barisan Nasional (BN).

''Melaka berjaya memajukan bidang lain seperti pelancongan yang telah dapat menarik lebih 12 juta pelancong setiap tahun dengan menjana pendapatan sebanyak RM6 bilion.

''Ini menunjukkan kerajaan mempunyai fokus untuk membantu rakyat supaya tidak hidup dalam kemiskinan dengan pelbagai kekurangan hasil bumi seperti kayu balak dan sumber alam lain,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan tahunan Perkasa Melaka di Dewan Serbaguna Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (Perpustam) di sini hari ini.

Persidangan kali kedua itu dihadiri oleh seramai hampir 500 ahli Perkasa dari kesemua tiga daerah, Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Jelas Ibrahim, masalah pengurusan yang tidak sistematik serta tiada fokus itu menyebabkan Kelantan menjadi antara negeri termiskin di negara ini sehingga memaksa ratusan ribu rakyat negeri berkenaan berhijrah.

''Bilangan rakyat Kelantan yang berhijrah ke negeri lain sangat tinggi dan ini tidak menghairankan kerana peluang pekerjaan di negeri itu sangat terbatas," ujarnya.

''Kelantan mempunyai banyak produk pelancongan berkaitan alam semulajadi seperti sungai, gunung dan sebagainya namun ia tidak dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan rakyat dan dibiarkan begitu sahaja.

''Ini memberi kesan besar kepada rakyat yang terpaksa menanggung beban kesukaran mendapatkan pekerjaan di negeri sendiri dan oleh sebab itu ramai di antara mereka yang memilih untuk berhijrah ke negeri lain," tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.