ARKIB : 18/10/2012
PM: Bina pusat aktiviti warga emas di kawasan perumahan
KUALA LUMPUR 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan pemaju perumahan membina pusat aktiviti warga emas di setiap projek perumahan baharu supaya golongan itu dapat melakukan aktiviti sosial dan riadah bersama ahli masyarakat khususnya rakan sebaya.
Perdana Menteri berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memulakan langkah menggunakan 45 dewan di bawah kelolaan kementerian tersebut di seluruh negara sebagai pusat aktiviti warga emas.
"Pusat ini menyediakan kemudahan kepada warga emas termasuk yang tinggal bersendirian dan kesunyian menjalankan aktiviti sosial dan riadah bersama ahli masyarakat yang lain atau rakan sebaya," katanya.
Najib yang juga pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berucap merasmikan sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2012 dengan tema 'Warga Emas Produktif: Melakar Masa Depan' di Seri Kembangan, dekat sini hari ini.
Yang hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur.
Sementara itu, kata Najib, kerajaan telah menaikkan had umur persaraan pekerja awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun bermula tahun ini serta penetapan umur persaraan minimum pekerja swasta mengambil kira peranan warga emas dalam pembangunan negara.
Menurutnya, warga emas juga digalakkan menceburi sektor koperasi dan kerajaan menawarkan geran automatik sebanyak RM30,000 berdasarkan projek koperasi melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
Pada masa sama, Najib memberitahu, koperasi juga diberi keistimewaan membuat pinjaman sebanyak RM50,000 sekali gus menjadikan koperasi mempunyai dana bagi menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi.
Katanya, semua kemudahan itu merupakan sebahagian usaha kerajaan menghadapi status negara tua yang diunjurkan pada 2030 apabila jumlah warga emas berada di tahap 15 peratus daripada populasi negara.
UniMAP anjur seminar institusi raja 5 Jun
Shahiruddin letak jawatan Pengerusi GiatMara
USM bekerjasama dengan universiti luar negara kaji penyakit keturunan
Harga tembikai dijangka stabil menjelang Ramadan - FAMA
Nur Liyana catat kecemerlangan di Amerika Syarikat
KPN janji garis strategi drastuk tangani jenayah seluruh negara
10 anggota Exco Negeri Sembilan angkat sumpah
Majlis angkat sumpah ADUN Terengganu 16 Jun
Kes 4 mati di MRR2: Pemandu Proton Satria didakwa minggu depan
PDRM tubuh Jabatan Pencegahan Jenayah tangani masalah jenayah
Penggabungan selesai sebulan
Enam anak Felda takluk Everest
Malaysia lobi kerusi Majlis Keselamatan
SPR tubuh pasukan khas semak guna dakwat kekal
PPPR syor tiga langkah perangi rasuah
2 kementerian setuju NBOS diperkasa
Dua kementerian bergerak senada
CUEPACS gesa boikot AirAsia
Perkasa desak Kalimullah mohon maaf
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









