VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 17/10/2012

50,000 kunjungi Ekspo Pertanian, Pesta Konvokesyen UPM

Sebahagian daripada 365 graduan alumni UPM 1974-1976 bergambar kenangan selepas Majlis Apresiasi Mentari Serdang sempena majlis Konvokesyen UPM di Serdang, Selangor, semalam. - utusan/MOHD. NOOR MAT AMIN

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Seramai 50,000 orang mengunjungi Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diadakan selama lima hari dan berakhir hari ini.

Ekspo anjuran Taman Pertanian universiti sejak 12 Oktober itu dijayakan dengan kerjasama Kesatuan Kakitangan Am dan Kumpulan Utusan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar telah merasmikan ekspo itu dan melancarkan OryGOLD dan OryGOLD Drink, produk kesihatan berasaskan beras perang.

Komponen utama ekspo itu adalah pameran inovasi yang disertai fakulti dan institut di UPM. Mereka juga menonjolkan aktiviti dan maklumat terkini tentang penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran.

Pelbagai acara berjaya menarik kehadiran pengunjung seperti pertandingan masakan kundor, pertandingan pokok orkid serta gubahan orkid hidup. Selain itu, terdapat klinik pertanian yang menunjukkan kaedah untuk pelbagai jenis cara menanam sayuran, bonsai, grow bag dan compost basket.

Tidak terkecuali, acara pertandingan mewarna yang dianjurkan Kumpulan Utusan menjadi antara tumpuan pengunjung.

Wilayah Utusan yang terdiri daripada tujuh buah gerai juga mendapat sambutan hangat dengan pelbagai jualan buku dan majalah yang menawarkan harga runtuh termasuk studio penghias wajah, karikatur dan cabutan bertuah.

Tidak ketinggalan karnival memancing yang berjaya menarik peminat pemancing sekitar Lembah Klang dengan pemenang utamanya telah menaikkan ikan patin seberat 16.17 kilogram.

Acara pentas yang menggegarkan Bukit Ekspo ialah Rentak Putra 2012 yang merupakan pertandingan kugiran antara kolej.

Sementara itu, seramai 365 Alumni Universiti Pertanian Malaysia bagi 1974, 1975 dan 1976 diraikan hari ini.

Naib Canselor UPM, Datuk Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, kesemua alumni daripada 630 siswazah generasi terawal penubuhan UPM yang hadir diraikan sempena dengan majlis konvokesyen dan pelbagai aktiviti lain universiti.

“Rata-rata alumni berumur 59 hingga 60 tahun hadir bagi merasai suasana konvokesyen di UPM. Sebelum ini, mereka hanya mendapat diploma tanpa ada konvokesyen kerana pada masa itu, UPM yang sedang dalam tempoh persediaan menjadi universiti tiada kemudahan dari segi peralatan konvokesyen, cokmar, pengisytiharan Canselor dan lain-lain.

“Semalam, alumni ini telah melawat kolej-kolej mereka dahulu dan aktiviti golf amal turut diadakan. Majlis seperti ini akan diteruskan bagi membina hubungan yang lebih erat antara universiti dengan alumni," katanya selepas majlis Apresiasi Mentari Serdang di UPM dekat sini.

Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Mohd. Rashdan Baba yang merupakan Naib Canselor pertama UPM menyampaikan diploma kepada alumni terbabit.

Bagi siswazah Diploma Pertanian 1974, Datuk Mohd. Yasin Mohd. Salleh, 60, majlis tersebut bukan sahaja bersejarah malah penuh nostalgia.

“Hari bersejarah bagi kami apabila menerima diploma pada waktu ini. Saya berasa gembira apabila dapat berjumpa kawan-kawan lama," ujarnya yang kini merupakan Pesuruhjaya Sukan di Kementerian Belia dan Sukan.

Siswazah Diploma Pertanian 1975 yang juga Yang Dipertua Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia, Datuk Mastika Junaidah Husin, nyata terharu dengan sambutan yang diadakan itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.