VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Julai 2014 / 4 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 09/10/2012

4,000 guru Kemas bakal terima gaji taraf diploma

POKOK SENA 9 Okt. - Kira-kira 4,000 guru tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menerima faedah termasuk gaji setaraf lulusan diploma mulai tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebanyak RM50 juta diperuntukkan kepada Kemas dalam Belanjawan 2013 untuk tujuan tersebut.

"Kenaikan ini memberi kebaikan kepada kanak-kanak yang dihantar mendapat bimbingan di Tabika Kemas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tabika Kemas Taman Bandar Baru Pokok Sena, di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata sebanyak RM15 juta lagi akan diguna bagi melaksanakan projek pembangunan dan menyediakan prasarana lebih baik untuk Tabika Kemas.

Terdahulu ketika berucap, beliau berkata perkara yang perlu dihayati dan difahami dalam pendidikan berkualiti bermula dengan penyediaan ramuan awal kanak-kanak.

"Satu ramuan yang dititikberatkan Kemas dalam pendidikannya ialah peranan institusi kekeluargaan bagi membentuk modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi untuk kejayaan masa depan.

"Bagaimanapun kejayaan ini hanya boleh dicapai dengan sokongan dan kerjasama ibu bapa, masyarakat dan juga pihak swasta selaras dengan halatuju negara berlandaskan perancangan Strategi Lautan Biru," katanya.

Beliau berkata kejayaan Tabika Kemas diukur melalui tahap kemampuan anak didiknya menguasai kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul dan dianggap gagal jika tidak dapat menguasai kemahiran asas tersebut. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:22
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.