VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 07/10/2012

Empat jemaah haji meninggal

MEKAH 6 Okt. - Empat jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci setakat ini.

Pengurus Pusat Maklumat Operasi, Shafie Sharif berkata, kesemua mereka meninggal dunia di Madinah kerana uzur serta serangan jantung dan jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi berhampiran Masjid Nabawi.

Beliau berkata, pusat maklumat Tabung Haji yang beroperasi di Hotel Janadiriah di sini telah menyalurkan maklumat berhubung kematian jemaah haji berkenaan kepada waris mereka di tanah air.

"Semua urusan pengkebumian dikendalikan oleh Tabung Haji, dan bagi yang meninggal dunia di Mekah, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Maala atau Al Syarayek," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Shafie berkata pihak Tabung Haji juga akan menyempurnakan upah haji atau badal haji bagi jemaah haji yang meninggal dunia sebelum sempat melaksanakan rukun haji iaitu Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah bersamaan 25 Oktober 2012. - BERNAMA

Beliau berkata pada musim haji tahun lepas, seramai 74 jemaah haji meninggal dunia di tanah suci.

Rombongan pertama jemaah haji Malaysia tiba di tanah suci pada 17 Sept lepas. Seramai 28,000 jemaah haji Malaysia menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini.

— BERNAMA SLR AKT SBB

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.