ARKIB : 26/09/2012
Sabah antara negeri terbaik urus kewangan - Ambrin
KOTA KINABALU 25 Sept. - Kerajaan negeri terus menunjukkan pencapaian membanggakan apabila berjaya mengekalkan prestasi kewangan yang baik pada 2011 seterusnya muncul sebagai antara negeri terbaik dalam pengurusan kewangan di seluruh negara.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, Sabah juga berjaya mengekalkan Sijil Tanpa Teguran bagi penyata kewangan negeri untuk tempoh 12 tahun berturut-turut.
"Berdasarkan pengauditan, pada umumnya prestasi pengurusan kewangan di negeri Sabah adalah baik dan menunjukkan peningkatan menggalakkan," katanya pada majlis penyampaian anugerah kecemerlangan pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti Jabatan Audit Negara 2011, di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Abu Bakar Hassan; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan negeri, Datuk Pengiran Hassanel Pengiran Mohd. Tahir dan Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.
Pada majlis itu enam jabatan kerajaan negeri diberi anugerah kecemerlangan dan menerima plak, sijil serta hadiah insentif wang tunai RM10,000.
Jabatan terbabit ialah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Jabatan Bendahari Negeri, Jabatan Cetak Negeri, Lembaga Bandaran Kudat dan Koperasi Pembangunan Desa.
Sementara itu, Ambrin berkata, setakat ini kira-kira 89 peratus agensi kerajaan negeri itu telah mengemukakan penyata kewangannya bagi 2011.
Katanya, sebanyak 40 Sijil Tanpa Teguran dikeluarkan kepada pelbagai agensi pada tahun ini berbanding hanya 14 pada tahun sebelumnya.
"Keadaan ini menggambarkan Kerajaan Sabah melalui agensi-agensi negeri semakin peka terhadap tuntutan polisi dan peraturan kewangan dalam mengekalkan akauntabiliti pengurusan kewangan dan tadbir urus," katanya.
Naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra disokong
Prosedur pengambilan pekerja asing dikaji semula
Dr. M sokong tidak tanding
Najib terima kunjungan Ketua Menteri Victoria
10j pencarum KWSP tiada penama
Kos tanggung 11,509 banduan asing RM402,815 sehari
Tebusan: Kuasa besar restui tindakan Israel
Jajaran kedua MRT diumum hujung tahun
ISA tidak akan diwujudkan semula - Nancy
Tubuh inkues siasat mangsa tertimbus
Kekalkan semangat toleransi antara kaum - Sultan Mizan
Awaluddin dipilih Yang Dipertua DUN NS sebulat suara
Pengguna minta kaji semula keputusan naik tambang bas ekspres
Hanya dua kawasan bacaan IPU tidak sihat
Azrinaz Mazhar kini usahawan telekomunikasi berjaya
Eksesais CARAT 2013 berlangsung
Kajian Suara Hati Johor
Sasar daftar 1,000 pembayar zakat dalam online
Sedia timbang bantu wanita Kelantan berkahwin lelaki luar
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










