VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 24/09/2012

Minta PDRM masuk Bajet 2013

HISHAMMUDDIN Tun Hussein ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Indera Mahkota di Dewan Tertutup Sukpa, Kuantan, Pahang, semalam. - BERNAMA

KUANTAN 23 Sept. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) berharap kertas cadangan bagi memperkasakan pasukan keselamatan negara terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat dipertimbang dan dimasukkan dalam Bajet 2013 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kertas cadangan tersebut telah dihantar untuk penilaian dan beliau berharap mendapat pertimbangan sewajarnya.

"Saya berharap kerajaan dapat memberi pertimbangan mengenai penambahan anggota dan memperbaiki skim perjawatan dalam PDRM.

"Penambahan anggota ini penting bagi meneruskan kesinambungan kejayaan PDRM mengurangkan kadar jenayah dan ia termasuk dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti ditetapkan kerajaan," ujarnya.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Indera Mahkota di sini hari ini.

Menurut beliau, selain penambahan anggota, KDN bercadang memperluaskan penglibatan banyak pihak dalam membanteras jenayah termasuk seperti yang dilakukan sebelum ini iaitu membabitkan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

"Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemilik pasar raya dan pemimpin masyarakat juga digesa memainkan peranan lebih aktif bagi membantu kerajaan mengurangkan kadar jenayah," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.