VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 23/09/2012

Pudu Sentral kini UTC KL

Najib Tun Razak melambaikan tangannya sewaktu beliau bersama beberapa menteri Kabinet meninjau bangunan Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur yang sebelum ini dikenali sebagai Pudu Sentral, semalam. - DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bangunan Pudu Sentral yang dulunya Hentian Puduraya akan dikenali sebagai Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur (UTC KL).

Menurut beliau, transformasi yang dilakukan itu adalah bukti orientasi pemikiran serta pendekatan baru yang diperkenalkan kerajaan dengan mengambil kira keperluan semasa demi kesejahteraan masyarakat di bandar.

Katanya, UTC KL adalah pusat sehenti di bawah satu bumbung merangkumi puluhan jabatan kerajaan, agensi swasta serta pusat rekreasi dan dibina melalui Strategi Lautan Biru dalam masa enam bulan dengan kos hanya RM24 juta.

"Kadar urbanisasi berlaku dengan pesat dan ia satu cabaran kepada negara yang mempunyai cerita kejayaan seperti Malaysia. Cabaran mengurus kejayaan ini menuntut kita melihat semula orientasi pemikiran dan pendekatan.

"Orientasi semula ini perlu agar apa yang dilakukan menepati perubahan landskap sosial dan ekonomi semasa kerana kejayaan sesebuah negara bukan sahaja diukur melalui pendapatan per kapita tetapi lebih penting kesejahteraan rakyat.

"Strategi inilah yang menjadi rahsia di sebalik kejayaan kita mewujudkan UTC KL dan saya fikir ia pertama seumpamanya di dunia," katanya ketika berucap merasmikan UTC KL di hadapan kira-kira 10,000 pengunjung, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib.

UTC KL setinggi empat tingkat yang dibangunkan di tapak meletak kenderaan di Plaza Sentral menempatkan 39 jabatan kerajaan dan swasta serta pusat riadah, turut mempunyai Kedai Rakyat 1Malaysia dan Kedai Kain 1Malaysia.

Ia merupakan UTC kedua selepas UTC pertama diwujudkan di Jalan Hang Tuah, Melaka.

Perdana Menteri turut melancarkan Kedai Buku 1Malaysia yang pertama di negara ini iaitu terletak di tingkat satu bangunan tersebut.

Menerusi pengenalan UTC KL itu, warga kota kini boleh membuat pelbagai urusan seperti pembayaran zakat, cukai, urusan MyKad, pasport dan beriadah sama ada wall climbing, senaman aerobik mahu pun futsal.

Sementara itu, pada sidang akhbar kemudiannya, Najib berkata, kerajaan akan memperluaskan pembinaan UTC ke beberapa bandar utama dan sedang mencari bangunan sesuai untuk ditransformasi menjadi UTC.

"Kita memang bercadang mewujudkan UTC ke seluruh bandar utama tetapi kita tidak akan membina bangunan baru sebaliknya sedang mencari bangunan sedia ada yang sesuai agar kos rendah dan tempoh pembinaan cepat," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.