ARKIB : 22/09/2012
Shila Amzah juara Asian Wave di Shanghai
KUALA LUMPUR 21 Sept. - Kejayaan penyanyi Nur Shahila Amir Amzah, 22, atau Shila Amzah menjuarai festival muzik antarabangsa, Asian Wave di Shanghai, China semalam merupakan sumbangan penggiat seni buat negara.
Bapanya, Amir Amzah Salleh atau lebih dikenali sebagai N.D. Lala berkata, kejayaan itu juga merupakan jasa Shila dalam menaikkan nama Malaysia di mata dunia.
"Alhamdulillah, kemenangan Shila pada pertandingan Asian Wave 2012 merupakan antara jasanya kepada negara.
"Selain itu, kemenangan ini diharap dapat menjadi dorongan buat penggiat seni untuk terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kejayaan Shila meraih kejuaraan itu membolehkannya memperoleh dana bernilai lebih RM1 juta, merangkumi rakaman album, konsert dan promosi untuk penyanyi itu di China.
Pada pertandingan tersebut, Shila berjaya menarik perhatian juri dengan persembahan lagu-lagu antaranya Gemilang yang dipopularkan Jaclyn Victor, Granade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.
Festival muzik Asian Wave mempertaruhkan hampir 30 peserta dari seluruh Asia termasuk dari Jepun, Korea, China dan Thailand.
Sementara itu, pelakon Shaarnaz Ahmad, 27, yang juga merupakan teman lelaki Shila turut meluahkan rasa syukur atas kemenangan yang diraih teman wanitanya itu.
"Ini hasil segala usaha kerasnya selama ini. Alhamdulillah. Saya sangat gembira untuk dia.
"Saya percaya ini merupakan langkah terbesar untuk Shila melangkah ke peringkat antarabangsa," katanya yang menerima khabar kemenangan itu daripada Shila sendiri.
Shila bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Tiada campur tangan politik dalam PDRM - Zahid
Exco Negeri Pahang: Adnan pegang 6 jawatankuasa
KPDNKK laksana sistem penggiliran penguat kuasa
Kenapa pembangkang hendak melenting?
Bangkitlah daripada kekecewaan
Pas Kelantan tolak konspirasi jatuhkan kerajaan
Adam Adli direman lima hari
'Saya sedia disaman'
Himpunan di Utusan Melayu: Khalid diminta bertindak tegas
Pengkhianat ganggu kestabilan layak dilucut kerakyatan, diusir
Laporan Malaysiakini tidak tepat sama sekali - SPRM
Jangan perlekeh Perkasa - Ibrahim
Kampung tersusun atasi masalah rumah
Pembangunan seimbang buat rakyat
SPNB hina kemampuan kontraktor Melayu
MAS, Tourism Malaysia selamatkan ibu dan bayi di Ho Chi Minh
Atlet paralimpik berjaya renangi Selat Pulau Pinang
Pasangan Nurul, Hafidz juara Gerbang Cinta
20,000 kunjungi Festival Hari Guru
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









