VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 21/09/2012

17.3 peratus wanita alami obesiti

DR. AZHARI Rosman (kiri) dan Pakar Perunding Kardiologi Pediatrik dan Presiden Persatuan Jantung Pediatrik Malaysia (MPCS), Dr. Hasri Samion menunjukkan logo persidangan Hari Jantung Sedunia 2012 pada sidang media di Akademi Medical Malaysia Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Dakwaan yang mengatakan penyakit jantung hanya menyerang individu yang sudah berusia serta golongan lelaki sahaja adalah tidak tepat kerana penyakit berkenaan didapati merupakan pembunuh nombor satu wanita di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Presiden Persatuan Jantung Nasional Malaysia (NHAM), Datuk Dr. Azhari Rosman berkata, hari ini, satu daripada empat kes kematian golongan wanita di negara ini adalah berpunca dari serangan jantung dan angin ahmar, dan ia dua kali ganda lebih tinggi berbanding gabungan penyakit-penyakit kanser yang biasa menyerang wanita.

Jelasnya, hasil satu kajian tahap kesihatan kardiovaskular di kalangan wanita di negara-negara Asia Tenggara seperti yang disiarkan di dalam Nature Reviews Cardiology pada April lalu mendapati wanita Malaysia mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) yang tertinggi di negara ini.

"Malah menerusi laporan terkini Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 mendapati 29.4 peratus wanita di negara ini mengalami berat badan berlebihan manakala 17.3 peratus wanita mengalami obesiti," katanya kepada pemberita sewaktu sidang akhbar sempena sambutan Hari Jantung Sedunia, di sini hari ini.

Tambahnya, malah didapati juga wanita Malaysia dan Indonesia mempunyai kelaziman tertinggi menghidap hipertensi di Asia Tenggara yang merupakan antara faktor serangan penyakit jantung koronari.

Justeru, Pertubuhan Kesihatan Jantung Wanita iaitu organisasi di bawah NHAM kini giat memberikan kesedaran kesihatan serta maklumat berkenaan penyakit jantung dan angin ahmar di kalangan wanita.

Ia bagi memastikan golongan ini sentiasa bersedia dan sedar bahawa mereka turut mempunyai risiko mendapat penyakit jantung.

Dalam pada itu, Dr. Azhari memberitahu, sambutan Hari Jantung Sedunia 2012 yang bertemakan One World, One Home, One Heart akan disambut pada 29 September ini.

"Sehubungan itu NHAM yang merupakan ahli Persekutuan Jantung Sedunia (WHF) turut akan menjalankan pelbagai aktiviti di peringkat kebangsaan bagi mengurangkan beban penyakit kardiovaskular di Malaysia," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.