ARKIB : 16/09/2012
BN Sabah tidak tergugat tindakan Yahya Lampong sertai PKR - Musa Aman
BEAUFORT 16 Sept. - Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menegaskan kekuatan dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di Sabah tidak terjejas berikutan tindakan bekas Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Yahya Lampong dan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Itu hak masing-masing. Kita akan terus kuat dan mantap serta bersatu padu. Apa yang penting kami akan menghadapi pilihan raya umum dengan semangat berkobar-kobar bagi memastikan kejayaan besar BN di Sabah dan di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Beaufort di Dewan Pa Musa Beaufort, di sini hari ini.
Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata demikian ketika diminta mengulas perkara itu. Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Ibrahim dan Yahya masing-masing menyertai PKR di Labuan dan Dalit, Tuaran.
Pada pilihan raya umum lepas, BN hampir menyapu bersih 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta 25 kerusi Parlimen dan hanya tewas di kerusi DUN Sri Tanjung (Tawau) dan Parlimen Kota Kinabalu. - BERNAMA
Kenaikan harga barang hanya dakyah pembangkang
Tidak timbul isu tunduk kepada mana-mana pihak - MB
Zambry umum barisan Exco Kerajaan Negeri Perak
Jumlah kontraktor Kelas F disenarai hitam meningkat
Sembilan Exco Perak angkat sumpah jawatan
Tunggu tindakan tegas - Zahid Hamidi
Khairy turut pelawa pembangkang
Ibu pejabat korporat baharu Kumpulan Utusan siap sepenuhnya
Tingkatkan peranan belia - Shafie
Percaya Najib mampu bawa transformasi
Janji turun harga kereta ditunai
Mantapkan perpaduan rakyat - Raja Perlis
Jangan salah faham maksud jihad
Anjung Kasih, Anjung Singgah diperluas
Bersedia hadapi cabaran baharu - Richard Riot
Khalid Abu Bakar terima watikah pelantikan KPN
MCPF mahu kerjasama dengan PDRM
Kerajaan gerak usaha bagi perkukuh umat Islam - Jamil Khir
Strategi lonjak pendidikan dirangka
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









