ARKIB : 15/09/2012
Pasangan diraja sukar lupakan Malaysia
KUALA LUMPUR 14 Sept. - Pasangan diraja, Putera William dan Catherine menyifatkan lawatan singkat mereka ke negara ini sebagai pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Putera William bertitah, faktor kepelbagaian budaya dan kaum serta warisan negara ini memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara terbilang.
"Nenekanda (Ratu Elizabeth II) ada memberitahu Malaysia akan memberikan beta dan isteri pengalaman yang menyeronokkan dan memori yang sukar dilupakan. Setelah berada di sini selama tiga hari, apa yang nenekanda katakan itu memang benar.
"Beta dan isteri mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memberikan kami peluang yang amat menarik sepanjang berada di sini," titah Putera William pada majlis jamuan makan tengah hari anjuran Dewan Perniagaan Britain Malaysia (BMCC) di sini hari ini.
Terdahulu, pasangan diraja itu melawat Masjid Asy-Syakirin berhampiran Taman KLCC dan beramah-mesra dengan orang ramai sebelum menghadiri jamuan makan tengah hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Putera William seterusnya melahirkan rasa bangga apabila melihat pencapaian dalam aspek pendidikan antara Malaysia dan beberapa negara di dunia melalui kerjasama dengan Britain.
Titah baginda, kerjasama itu sekali gus membina rantaian kukuh di kalangan generasi muda dan berupaya dikekalkan pada masa depan demi kepentingan kedua-dua negara.
Pada masa sama, Putera William turut mengalu-alukan rakan-rakan dan ahli-ahli perniagaan di negara ini untuk terus menjalin hubungan perniagaan dengan Britain yang sentiasa membuka pintu perniagaan mereka.
"Apatah lagi, banyak kerjasama telah terbina antara Malaysia dan Britain. Contohnya DRB-Hicom telah membuat pelaburan dalam Lotus yang merupakan ikon Britain ketika ini," titah baginda.
Pendaki wanita termuda tawan Everest
Adam Adli didakwa di Mahkamah Sesyen
Empat dihukum gantung kerana bunuh Sosilawati dan tiga yang lain
Polis tahan 18 individu sertai perhimpunan depan Lokap Berpusat Kuala Lumpur
Pencegahan jenayah ditingkat
PDRM, SPRM jalin kerjasama tingkat integriti anggota, pegawai
Kerajaan hormati pendirian NGO
Rakyat diminta pilih MAS, Firefly
Izan nafi terima bantuan AirAsia
'Balaslah sokongan pengundi'
Dua bulan siapkan strategi
Ibu bangga anak tawan Everest
Malaysia di landasan terbaik capai Wawasan 2020
Noh akui gagal bantu Barisan Nasional tawan semula Selangor
Pusat media festival dirasmi
Elak ke kawasan rekreasi berisiko
Lata Bayu ditutup sementara waktu
Simbol perpaduan UMNO-Pas
Sunni, Syiah usah berbalah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









