ARKIB : 10/09/2012
Peruntukan khas PPP 2013-2025
PAGOH 9 Sept. - Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 yang bakal dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa ini akan menerima peruntukan khas di bawah Bajet 2013 bagi memastikan pelaksanaannya berjaya dan berkesan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlahnya masih belum ditentukan dan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan secara dasarnya sudah bersetuju dan menyokong keperluan dana itu.
"Perdana Menteri kata akan beri perhatian perkara ini dan minta pihak Kementerian Pelajaran terjemahkan segala bentuk perakuan yang hendak dilaksanakan dari segi kewangan diperlukan.
"Setiap perakuan ada kosnya dan ini (jumlah) sedang disediakan, nanti kita kemukakan untuk beliau teliti tetapi harapan saya dalam Bajet 2013 mungkin ada satu peruntukan khas dapat disediakan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Sri Pekembar di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Datuk Tahir Taat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad yang juga Timbalan Menteri Pertahanan dan ADUN Jorak, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh.
Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang akan dilancar di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) Selasa ini bertujuan menghasilkan modal insan unggul, kreatif, berkemahiran tinggi serta berdaya saing di peringkat antarabangsa melalui sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.
Pelaksanaannya melibatkan tempoh 13 tahun dengan tiga fasa iaitu gelombang pertama merangkumi perkara yang mudah dilaksanakan dan memberi impak tanpa memerlukan perubahan struktur dan kewangan sebelum diikuti gelombang kedua dan ketiga yang masing-masing memakan masa lima tahun.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, peruntukan khas diperlukan kerana pelan transformasi pendidikan itu mengambil masa panjang dan setiap fasa mempunyai perancangan yang memerlukan dana lebih daripada biasa.
Kenapa pembangkang hendak melenting?
Bangkitlah daripada kekecewaan
Pas Kelantan tolak konspirasi jatuhkan kerajaan
Adam Adli direman lima hari
'Saya sedia disaman'
Himpunan di Utusan Melayu: Khalid diminta bertindak tegas
Pengkhianat ganggu kestabilan layak dilucut kerakyatan, diusir
Laporan Malaysiakini tidak tepat sama sekali - SPRM
Jangan perlekeh Perkasa - Ibrahim
Kampung tersusun atasi masalah rumah
Pembangunan seimbang buat rakyat
SPNB hina kemampuan kontraktor Melayu
MAS, Tourism Malaysia selamatkan ibu dan bayi di Ho Chi Minh
Atlet paralimpik berjaya renangi Selat Pulau Pinang
Pasangan Nurul, Hafidz juara Gerbang Cinta
20,000 kunjungi Festival Hari Guru
Perbaiki kelemahan - Rohani
Jangkitan HIV tunjuk peningkatan mendadak
Didik bahasa Arab dalam kalangan kanak-kanak
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









