VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 09/09/2012

Rumah Terbuka Aidilfitri Mandailing 15 September

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Masyarakat suku Mandailing dari seluruh negara dijemput memeriahkan sambutan Aidilfitri Mandailing Malaysia 2012 anjuran Persatuan Halak Mandailing Malaysia (Mandailing Malaysia) di Batu Caves, Gombak dekat sini 15 September ini.

Setiausahanya, Diana Semaon Harahap berkata, program berkenaan akan diadakan di Padang Kampung Baru, Batu Caves bermula pukul 2 petang hingga 6.30 petang.

"Pelbagai kesenian dan kebudayaan suku kaum itu turut dipersembahkan termasuklah tarian Tor-tor Mandailing oleh Grup Kesenian Tradisional Batangayumi dari Padang Sidimpuan, Sumatera Utara, Indonesia serta Gordang Sambilan (gendang sembilan) oleh kumpulan kebudayaan Mandaling tempatan.

"Pada masa sama, tetamu yang hadir turut dijamu dengan juadah Mandailing, antaranya lauk 'bulung gadung duda' (gulai pucuk ubi tumbuk) dan 'manuk upa-upa' (ayam golek rendang)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Diana, antara yang akan menghadiri majlis tersebut ialah Penaung Mandailing Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib serta Presiden, Ramli Abdul Karim Hasibuan, selain tokoh-tokoh dan pemimpin tempatan suku tersebut.

Di samping itu, katanya, beberapa Walikota (Datuk Bandar) dan Bupati (Pegawai Daerah) dari daerah-daerah tanah leluhur Mandailing di Sumatera Utara juga dijangka hadir.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.