VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 08/09/2012

Dua pelajar IPT menang hadiah utama

DR. RAIS Yatim (tengah) dan Masnah Rais bersama sebahagian pemenang pada Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Sempena Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) muncul pemenang hadiah utama cabutan bertuah sempena Himpunan 55 Tahun Merdeka : Janji Ditepati pada malam 31 Ogos lalu.

Kedua-dua mereka iaitu Normazaitul Akma Che Daud, 21, penuntut jurusan Kimia Analisis dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Faizah Adam, 19, penuntut jurusan Pengurusan Sumber Manusia di Kolej Cybernatics, masing-masing memenangi Proton Preve dan Chevrolet Cruze.

Normazaitul Akma, anak kelahiran Tumpat, Kelantan melahirkan rasa syukur kerana Proton Preve dimenanginya itu merupakan satu hadiah yang cukup bermakna.

''Bapa saya seorang peniaga runcit kecil-kecilan di kampung. Dia ada sebuah motosikal sahaja. Oleh itu, hadiah berupa sebuah kereta ini cukup berharga buat saya dan keluarga,'' katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini hari ini.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Jelas Normazaitul Akma, memenangi cabutan bertuah itu adalah sesuatu yang tidak disangka kerana kehadirannya bersama rakan-rakan adalah untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan di Stadium Bukit Jalil.

Sementara itu, Faizah berkata, kereta Chevrolet Cruze yang dimenangi itu akan dihadiahkan kepada bapa dan keluarganya kerana beliau belum mempunyai lesen memandu.

''Saya pergi ke himpunan itu dengan mengikuti rombongan Surau Al-Asma, Kajang. Tak sangka borang yang saya isi semasa memasuki ke dalam stadium pada majlis itu membawa tuah. Saya pun tak tahu hadiah utamanya adalah sebuah kereta,'' kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Cabutan bertuah yang julung kali diadakan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai apabila sebanyak 383,213 daripada sejuta kad cabutan bertuah yang diedarkan ke seluruh negara oleh Jabatan Penerangan telah diterima untuk cabutan semasa himpunan berkenaan.

Selain Proton Preve dan Chevrolet Cruze, hadiah lain berupa dua tiket penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) pergi balik ke London dan Sydney, sebuah skuter Vespa Naza, telefon bimbit Blackberry dan komputer tablet.

Dalam pada itu, Rais dalam ucapannya berkata, kerajaan amat menghargai sumbangan semua pihak khususnya penaja dalam menjayakan himpunan tersebut.

''Terima kasih penaja, Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah), DRB-Hicom Bhd. (DRB-Hicom), Naza Motor Sdn. Bhd., MAS, Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Celcom dan Axiata.

''Terima kasih setiap masyarakat yang telah memainkan peranan, sumbangan tenaga dan galakan supaya perayaan merdeka kali ke-55 dengan Janji Ditepati berjaya,'' jelasnya.

Selain itu katanya, dengan lebih 3.6 juta tweet dalam masa sejam semasa himpunan tersebut, ia memperlihatkan tanda sayang rakyat kepada negara.

''Dengan kegiatan-kegiatan dan dorongan pelbagai pihak, lebih 150,000 orang berjaya dikumpulkan pada himpunan itu,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.