VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 06/09/2012

Rumah mahal intipati Bajet 2013

PETALING JAYA 5 Sept. - Isu harga rumah yang melambung tinggi di Lembah Klang merupakan antara intipati yang bakal dibentangkan dalam Bajet 2013 pada 28 September ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, isu tersebut mendapat perhatian kerajaan kerana ia adalah cadangan utama rakyat untuk dipertimbangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kerajaan cukup sedar tentang kegelisahan dan kebimbangan seluruh rakyat tentang kenaikan harga rumah yang drastik dan tidak munasabah terutama di Kuala Lumpur dan Selangor.

"Kita sedang menilai dan akan menangani dengan cara terbaik masalah itu termasuk menambah baik Skim Rumah Pertamaku," katanya ketika ditemui selepas melancarkan portal kemudahan dagangan mytradelink di sini hari ini.

Beliau turut membayangkan kemungkinan kerajaan akan menilai semula harga rumah kos rendah serta membabitkan penyertaan lebih banyak institusi perbankan dalam pembiayaan kediaman berkenaan.

Bagaimanapun, Donald enggan mengulas lanjut dan meminta rakyat sabar menanti Bajet 2013 yang kini dalam peringkat akhir disediakan.

"Bajet 2013 boleh dianggap sebagai bajet terbaik bagi menghadapi krisis ekonomi dunia dan transformasi Malaysia untuk mencapai negara berpendapatan tinggi pada 2020.

"Memang rakyat mahu tahu pelbagai perkara dalam bajet ini termasuk penurunan cukai pendapatan individu dan insentif-insentif lain. Jadi kena tunggulah 28 September ini," ujarnya.

Mengenai spekulasi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua oleh kerajaan pada pengumuman Bajet 2013, sambil tersenyum beliau berkata, ia bergantung pada kedudukan dan kekukuhan kewangan negara.

"Kita tahu ramai yang menyambut baik apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pemberian BR1M kali kedua, tetapi sudah tentu ia tertakluk pada keupayaan kewangan negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.