VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 05/09/2012

Isu keselamatan makanan penting untuk Malaysia

VLADIVOSTOK, Rusia 4 Sept. - Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), yang bermula di sini pada 2 September lalu, diharapkan dapat membuahkan hasil yang konkrit dalam isu keselamatan makanan kerana ia penting bagi Malaysia.

Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) bagi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Raihan Sharif berkata, krisis kekurangan beras di Malaysia pada 2008 memberi pengajaran yang bermakna kepada kerajaan.

"Bila menghadapi masalah makanan seperti bekalan, jiran atau negara sahabat pun ada masanya tak dapat membantu. Kerana itu, kita kini mempunyai Dasar Makanan Negara yang menumpu kepada aspek bekalan dan keselamatan makanan.

"Bila bercakap mengenai sekuriti makanan dalam APEC, ia meliputi soal bekalan dan produktiviti; pelaburan, perdagangan dan pengedaran; makanan bagi rakyat tiada makanan; kualiti dan makanan yang selamat dimakan; serta pengekalan ekosistem yang mapan, termasuk marin," kata beliau dalam satu pertemuan dengan wartawan Malaysia di sini hari ini.

Sidang Kemuncak APEC, yang bermula kelmarin dengan berlangsungnya Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) pada 2-3 September, akan membincangkan empat ruang kerja utama.

Mesyuarat itu menyentuh isu liberalisasi perdagangan serta pelaburan, termasuk penyatuan ekonomi serantau.

Ia juga membincangkan aspek pengukuhan keselamatan makanan, pewujudan rantaian pembekalan yang boleh dipercayai, dan kerjasama bagi menggalakkan pertumbuhan inovasi.

Raihan berkata, APEC amat prihatin dengan ramalan pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) yang menyatakan dunia akan mengalami krisis makanan ke tahap berlakunya kelaparan apabila penduduk dunia berjumlah lebih 9 bilion menjelang 2050 jika bekalan makanan sedia ada tidak ditingkatkan sebanyak 70 peratus.

"Kerana itu, pada 2010 di mesyuarat di Niigata (Jepun) dan mesyuarat terkini di Kazan (Rusia) pada Mei lalu mengambil ketetapan untuk merangka strategi ke arah pengukuhan sekuriti makanan di rantau ini," jelas beliau.

Katanya, Malaysia menyokong usaha APEC dalam isu sekuriti makanan memandangkan Kuala Lumpur juga meletakkan sasaran tertentu bagi mencapai objektif mampu diri dalam soal bekalan makanan, khususnya beras. - UTUSAN

"Kita yakin kita akan dapat memastikan dasar dan polisi makanan kita juga selari dengan ketetapan-ketetapan yang dipersetujui di APEC kerana ini akhirnya akan membina lagi kebolehupayaan kita dalam industri makanan," tegasnya. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.