VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 04/09/2012

Penerbangan pertama jemaah haji 17 September ini

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci Mekah melibatkan seramai kira-kira 1,300 jemaah dijadualkan berlepas pada 17 September ini.

Menurut jurucakap Tabung Haji, kesemua jemaah haji itu bakal berlepas melalui tiga penerbangan pada tarikh tersebut.

"Penerbangan terakhir yang bakal berlepas dari tanah air pula dijadualkan pada 19 Oktober ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, tarikh wukuf pula dijangka pada 25 Oktober ini dan umat Islam di Malaysia dijadual menyambut Hari Raya Aidiladha pada 26 Oktober ini.

Mengenai persediaan kakitangan Tabung Haji, jurucakap itu berkata, sehingga setakat ini semua persediaan berjalan lancar.

"Kakitangan bertugas akan berangkat ke Arab Saudi secara berperingkat-peringkat bermula 12 September ini," katanya.

Dalam pada itu, katanya, Tabung Haji masih menunggu maklum balas dari kerajaan Arab Saudi mengenai permohonan kuota tambahan bagi jemaah haji Malaysia.

"Memang kita memohon kuota tambahan setiap tahun termasuk tahun ini, tetapi ia masih belum diputuskan kerajaan Arab Saudi.

"Setakat ini, jumlah jemaah haji kekal seperti kuota yang ditetapkan iaitu 28,000 orang seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam," katanya.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, kerajaan akan memohon daripada Arab Saudi untuk mendapatkan kuota tambahan jemaah haji agar lebih ramai dapat menunaikan ibadat tersebut pada tahun ini.

Justeru katanya, mereka yang masih tidak tersenarai sebagai jemaah haji tahun ini diminta bersabar kerana usaha gigih sedang dilakukan untuk tujuan itu.

"Keputusan berhubung perkara tersebut akan dimaklumkan segera kepada mereka sebaik sahaja peruntukan kuota tambahan itu diluluskan oleh Arab Saudi," katanya selepas merasmikan Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas Daerah Yan, Kedah, hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.