ARKIB : 29/08/2012
Dua wanita maut ditikam kaki botol
KOTA KINABALU 28 Ogos - Seorang kaki mabuk yang tidak tahan ditegur sepasang suami isteri, bertindak di luar batasan apabila menikam isteri pasangan itu sebelum menikam seorang lagi wanita sehingga mengakibatkan kedua-dua mereka maut.
Suspek yang berusia lingkungan 30-an dikatakan tinggal serumah dengan suami isteri tersebut di Kampung Cenderakasih, Kolombong dekat sini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, sebelum insiden, kira-kira pukul 7 petang semalam, suspek ditegur oleh pasangan suami isteri tersebut kerana banyak mengambil minuman keras.
Beliau berkata, berang kerana ditegur beberapa kali, suspek tiba-tiba bertindak menikam leher Bibia Daud, 40, dengan sebilah senjata tajam.
Menurutnya, melihat isterinya ditikam, suami mangsa yang berusia 52 tahun mengejar suspek yang melarikan diri dan berlaku pergaduhan antara mereka.
"Selepas melepaskan diri daripada pergaduhan itu, suspek kemudian bertindak menikam seorang lagi wanita, Jalijah Janin, 30, yang tinggal di rumah yang sama dan mangsa ketika itu baru pulang dari kerja.
"Tindakan suspek itu mengakibatkan kedua-dua mangsa yang ditikam mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Jauteh, suspek dan suami Bibia yang mengalami kecederaan kerana bergaduh kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth.
Katanya, polis juga masih menjalankan siasatan berhubung tindakan suspek menikam Jalijah, tetapi ia dipercayai dilakukan atas faktor mabuk.
Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
Jangan tolak kerajaan - Najib
KDN tangani fitnah siber
Pembaca Cina sokong tindakan terhadap Red Bean Army
Citrawarna 1Malaysia penuh kemeriahan
Selesaikan dalam enam bulan
AirAsia perlu diberi pengajaran
Kaji kembalikan nama Universiti Pertanian
Fiesta Riuh Sakan meriah
Fiesta 75 Tahun Utusan meriah
Shabery ucap tahniah kepada Utusan
Bantu naik taraf ekonomi Melayu, India
Halal: Malaysia beri sumbangan besar kepada Kazakhstan
221 terima darjah kebesaran Pahang
'Kami tempuhi bersama'
Budak tak boleh kahwin kecuali dapat kelulusan
BN tidak pernah curi kemenangan pembangkang, ia tuduhan palsu - PM
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
UMNO Kelantan akan kemuka petisyen Parlimen Bachok, 3 DUN
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









