ARKIB : 29/08/2012
Azura menang set kabinet dapur
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Usaha berterusan seorang wanita berusia 32 tahun menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menyertai Peraduan Kumpul dan Menang anjuran Utusan Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila diumumkan sebagai pemenang utama bagi Edisi Kuning F.
Azura Abdullah memenangi set kabinet dapur rekaan khas tajaan Aldo Kitchen & Wardrobe yang bernilai RM30,000.
Penjawat awam dari Skudai, Johor itu menyifatkan kemenangan tersebut merupakan rezeki sebelum dia mendiami rumah baru pada bulan depan.
Menurutnya, usaha gigih dan sikap tidak putus asa untuk terus mencuba nasib akhirnya berbaloi apabila memenangi set kabinet dapur itu yang diidami selama ini.
"Sejak edisi pertama, saya telah menyertai peraduan ini tetapi gagal memenangi sebarang hadiah. Kegagalan itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus mencuba lagi.
"Apabila Edisi Kuning D bermula, saya telah menghantar kira-kira 50 SMS setiap minggu. Sepanjang hidup saya, ini merupakan kali pertama mendapat hadiah besar dan mahal, memang berbaloi kemenangan ini," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang di sini hari ini.
Hadiah disampaikan Pengurus Besar Aldo Furniture Sdn. Bhd., John Law.
Hadir sama, Pengurus Aldo Furniture Sdn. Bhd., Lim Yet Yen; Pengurus Komunikasi Korporat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Nur Shafina Redzuan dan Penolong Pengurus Komunikasi Korporat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Nik Anura Nik Abdul Rahman.
Dalam pada itu, Yet Yen berkata, ini merupakan kali pertama pihaknya mengambil bahagian untuk menaja peraduan tersebut.
"Kami memilih untuk menjadi penaja kerana mahu memberi penghargaan kepada pelanggan kami yang kebanyakannya terdiri daripada golongan Melayu dan Cina.
"Malah kami amat sukakan konsep peraduan ini yang secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak," katanya.
Sementara itu, pada majlis penyampaian hadiah di Yesun Marketing Sdn. Bhd. Taman Melawati, seramai tujuh pembaca setia Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia turut diumumkan sebagai pemenang Peraduan Kumpul dan Menang Edisi Kuning F.
Antaranya, seorang pesara, Abidin Ahmad, 64, yang berjaya merangkul hadiah berupa katil Rosiana yang bernilai RM3,840.
Menurutnya yang juga pembaca setia Utusan Malaysia, dia hanya menghantar satu SMS dan tidak menyangka memperoleh hadiah cukup bermakna itu.
"Saya berasa gembira dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia dan Yesun Marketing yang menganjurkan peraduan ini yang mempunyai konsep berbeza serta mudah disertai," katanya.
Bagi Rosli Kechut, 54, yang berasal dari Gombak pula, ia merupakan kemenangan pertama setelah menyertai peraduan tersebut seawal Edisi Merah A.
"Rezeki tidak menyebelahi pada edisi-edisi lalu, namun kemenangan ini membuatkan saya berasa teruja untuk terus berusaha memenangi hadiah lain pada edisi akan datang," jelasnya.
Pemenang lain yang turut hadir menerima hadiah ialah Mahsudz Mohd. Tahir, Zainal Abidin Jantan, Zainal Abidin Saidi dan Mohammad Nor Jazari Ahmad Khalid.
Sementara itu, Pegawai Pemasaran Yesun Marketing Sdn. Bhd, Liew Yee Yin berkata, pihaknya memilih untuk menaja peraduan tersebut sebagai satu cara mempromosi produk keluarannya kepada pelanggan.
Polis boleh ambil tindakan ke atas Anwar
Sebahagian Lebuh Raya Bukit Jalil ditutup Isnin
Gabungan KPM, KPT kini dikenali Kementerian Pendidikan - TPM
Gambar lampu padam hari mengundi fitnah, dirakam sebelum PRU-13 - SPR
Kahwin bawah umur: Perketat undang-undang sivil, syariah
SEB pastikan kelestarian projek tenaga boleh diperbaharui
3 juta biji kelapa diimport keperluan Ramadan
Idris saman PKR tuduh kurung 24 petugas SPR Parlimen Besut
Ajar Mandarin, Tamil di SK dikaji - TPM
Cadangan BN parti tunggal perlu kajian mendalam - TPM
Warga Felda kecam Kit Siang, Anwar
Krisis air kritikal di KL, Selangor, Putrajaya Julai 2014
Lebih banyak program ilmu, keagamaan dalam Festival Belia - Khairy
Trafik sesak, perlahan di beberapa lebuh raya
Malaysia pilihan utama pengembara Islam
Pameran Arts for the World bantu tingkat jualan karyawan tempatan
Tiada keperluan SPR berdebat dengan pembangkang
Jangan takut untuk bertindak
PM seru rakyat bergerak sekumpulan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









