ARKIB : 29/08/2012
Ribut landa Kedah, Seberang Prai
ALOR SETAR 28 Ogos — Sebanyak 22 buah rumah di dua taman perumahan yang berkembar di Jalan Kuala Kedah dekat sini rosak akibat dilanda hujan ribut awal hari ini.
Hujan yang disertai angin kencang bermula kira-kira pukul 2.30 pagi dan berhenti hampir waktu Subuh, merosakkan 14 buah rumah di Taman Pelangi dan lapan buah di Taman Mega.
Seorang pemilik rumah di Taman Pelangi, Ahmed Bahrom, 61, berkata, dia dan anggota keluarga seramai lima orang terjaga daripada tidur apabila terdengar bunyi "prak... prak..." "Masa saya bangun pukul 2.45 pagi. Hujan sedang lebat dan angin kencang.
Masa itu saya lihat siling plaster di ruang tamu mulai runtuh sedikit-sedikit sehingga habis semuanya manakala bumbung rumah diterbangkan angin," kata pesara tentera itu yang kerugian hampir RM10,000.
Seorang lagi mangsa, Sufiah Ahmad, 58, dari Taman Mega kerugian lebih RM5,000 akibat bumbung rumahnya terbongkah diterbangkan ribut kencang dalam kejadian itu.
Sementara itu, taksiran awal oleh UMNO bahagian Kuala Kedah mendapati mangsa bencana tersebut mengalami kerugian termasuk kerosakan perkakas rumah berjumlah hampir RM200,000.
Naib ketuanya, Datuk Abdul Mutholib Harun bertindak pantas mengetuai 20 anggota Skuad Prihatin Gagasan Generasi Gemilang Parlimen Kuala Kedah membantu mangsa bencana itu.
"Kita membantu membersihkan runtuhan siling plaster, bumbung rumah dan garaj yang diterbangkan angin kencang serta mengeringkan air yang memenuhi rumah mangsa dan selesai kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Semua mangsa juga dibantu membuat laporan polis serta permohonan bantuan pemulihan rumah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya kepada semasa ditemui di tempat kejadian.
Abdul Mutholib turut menyampaikan wang tunai sumbangan ketua UMNO bahagian, Datuk Latt Shariman Abdullah kepada semua 22 ketua rumah mangsa bencana itu.
Latt Shariman yang juga Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia negeri Kedah menyumbangkan 22 kanvas untuk menutup bumbung rumah yang terbongkah buat sementara waktu bagi mengelak daripada dimasuki hujan.
— BERNAMA
Bajet 2014 dibentang 25 Oktober - PM
KDN bantu kekang fahaman Syiah
Titah Sultan Mizan perlu dijadikan panduan
Isu tudung boleh gugat perpaduan rakyat
Haram halang pakai tudung
Malaysia fokus pembangunan kandungan
Wujudkan dasar dakwah kebangsaan
'Kenaikan 30% adalah mustahil'
'Sultan Sulu' tiada hak terhadap Sabah - Musa Aman
Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri rasmi kampus baharu MSU
MyCC diarah siasat PMBOA di bawah Akta Persaingan
Penyalahgunaan ICT dipantau
Keluarga mangsa hargai operasi mencari
25,000 kontraktor kecil bumiputera diberi keutamaan
Menteri 4 negara bincang isu jerebu
Skuad khas tangani jenayah, vandalisme
LIA2 siap 30 April 2014
Polis, SKMM bincang tindakan hina Nabi
RM10 juta naik taraf laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










