ARKIB : 28/08/2012
Tangani kesesakan Putrajaya
PUTRAJAYA 27 Ogos - Kira-kira 75,000 kenderaan memasuki pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan setiap hari sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan ketika waktu puncak pada hari bekerja.
Kesesakan tersebut ekoran terdapat hampir 150,000 orang berada di Putrajaya dalam satu-satu masa dengan separuh daripadanya tinggal di kawasan sekitar, manakala sebahagian lagi penjawat awam yang tinggal di luar Putrajaya.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat berkata, kesesakan amat ketara apabila tiba dua waktu puncak iaitu pagi dan petang.
Beliau berkata, 10 lokasi dikenal pasti sebagai kawasan yang paling kerap berlaku kesesakan dan beberapa perancangan telah difikirkan untuk mengatasi masalah tersebut.
"Pada mulanya PPj merancang meletakkan anggota penguat kuasa untuk menjaga lalu-lintas di kawasan tersebut, namun apabila difikirkan kembali ia hanya mencacatkan pemandangan di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
"Sehubungan itu, PPj telah mengambil keputusan untuk menaik taraf sistem kawalan trafik berkomputer yang sebelum ini telah pun digunakan, ia akan dikawal oleh pegawai bertugas di ibu pejabat PPj," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan trafik di sekitar jalan-jalan utama di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini hari ini.
Menurut Aseh, bagi mengurangkan kesesakan, PPj juga sedang merancang untuk menjenamakan semula perkhidmatan bas Nadi Putra.
"Saya akan meminta pandangan semua pihak termasuk pemandu bas sendiri untuk mendapatkan cadangan mengenai usaha penjenamaan yang perlu dilakukan.
"Mungkin kita akan kurangkan kekerapan perjalanan bas pada masa-masa tertentu memandangkan banyak bas didapati kosong di luar waktu puncak," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kawalan kamera litar tertutup (CCTV) Aseh berkata, kini terdapat kira-kira 179 CCTV yang memantau kawasan sekitar.
"Jika keadaan memerlukan kita akan tambah CCTV, pemasangan CCTV ini banyak membantu PPj untuk memantau lokasi-lokasi di sekitar Putrajaya," katanya.
Kenapa pembangkang hendak melenting?
Bangkitlah daripada kekecewaan
Pas Kelantan tolak konspirasi jatuhkan kerajaan
Adam Adli direman lima hari
'Saya sedia disaman'
Himpunan di Utusan Melayu: Khalid diminta bertindak tegas
Pengkhianat ganggu kestabilan layak dilucut kerakyatan, diusir
Laporan Malaysiakini tidak tepat sama sekali - SPRM
Jangan perlekeh Perkasa - Ibrahim
Kampung tersusun atasi masalah rumah
Pembangunan seimbang buat rakyat
SPNB hina kemampuan kontraktor Melayu
MAS, Tourism Malaysia selamatkan ibu dan bayi di Ho Chi Minh
Atlet paralimpik berjaya renangi Selat Pulau Pinang
Pasangan Nurul, Hafidz juara Gerbang Cinta
20,000 kunjungi Festival Hari Guru
Perbaiki kelemahan - Rohani
Jangkitan HIV tunjuk peningkatan mendadak
Didik bahasa Arab dalam kalangan kanak-kanak
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









