VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 September 2014 / 28 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 21/08/2012

Anggota Mal-FPU bakar lemang ceriakan 1 Syawal

KESELURUHAN anggota pasukan Mal-FPU dan Unpol di bawah panji PBB membakar lemang pada hari pertama Aidilfitri di Kem INAP Dili, Timor Leste. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

DILI 20 Ogos - Biarpun jauh di perantauan demi menjalankan tugas yang diamanahkan kepada pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun ia bukanlah halangan untuk mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah.

Sambutan perayaan itu di pangkalan Malaysia Formed Police Unit (Mal-FPU) di Institut Pentadbiran Awam Nasional (INAP) di sini oleh ahli keluarga PDRM tiada jauh bezanya di Malaysia.

Pegawai dan anggota PDRM yang bertugas sebagai pasukan Mal-FPU dan United Nations Police (UNPol) di sini turut membakar lemang dan mengacau dodol selain menghidangkan kuih-muih sambil dimeriahkan dengan dendangan lagu raya.

Masing-masing juga tersenyum sambil membaca ucapan hari raya daripada keluarga tercinta menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun kiriman e-mel atau menerusi panggilan telefon.

Namun, sejurus lagu Dendang Perantau nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berkumandang, air muka masing-masing termasuk yang bukan beragama Islam jelas menggambarkan perasaan hiba kerana terkenangkan keluarga yang berada jauh di Malaysia.

Bagi Koperal Mohd Fazrin Hamzah, 26, sambutan hari raya kali ini merupakan yang pertama disambut jauh daripada keluarga terutama pada tahun ini dia meraikannya sebagai seorang suami buat kali pertama kepada Norlida Ahmad, 26.

"Sebelum ini semasa bertugas di Malaysia pernah beberapa kali tidak pulang berhari raya di kampung di Kluang, Johor. Namun kali ini agak berlainan kerana saya berada jauh di perantauan dan sememangnya sedih apabila terkenangkan kampung halaman.

"Bagaimanapun, sambutan di sini juga tiada kurangnya. Kami menyambutnya sebagai satu keluarga besar PDRM, terubat juga rindu apabila berada bersama-sama rakan-rakan yang lain," katanya.

Dia yang sebelum ini bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8, Pengkalan Chepa, Kelantan memberitahu, biarpun makanan yang dihidangkan di sini tiada bezanya seperti di Malaysia, namun dia tetap merindukan masakan dan suasana di kampung.

Perasaan sama turut dikongsi rakannya, Koperal Muhamad Zulkifli Ismail, 27, yang berasal dari Jengka, Pahang yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi pusara ibunya, Khairulbariah Othman, 50, yang meninggal dunia pada tahun 2008.

"Pada kebiasannya kami sekeluarga bersama ayah, Ismail Md Yusof, 57, akan menziarahi kubur ibu. Sudah pasti apabila terkenangkan perkara itu membuatkan saya mengalirkan air mata," ujarnya yang merupakan anak ketiga daripada enam adik beradik.

Koperal Kamaruzzaman Ibrahim, 53, berkata, sambutan hari raya tanpa keluarga di sisi kali ini merupakan kali pertama disambut jauh di perantauan dan sudah pasti terdengar sahaja takbir raya wajah isteri dan anak-anak akan terpacul di ingatan.

Dia yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun bersama PDRM, bagaimanapun berkata, sambutan di pangkalan Mal-FPU di Timor Leste tiada kurangnya kerana disambut bersama satu keluarga besar yang pasti akan menjadi kenangan tidak boleh dilupakan.

Bagi Kontinjen Komander Malaysia Unpol, Supritendan Mohd. Salleh Khalid, sambutan hari raya tanpa keluarga di sini sememangnya perkara biasa buat keluarga PDRM kerana mereka perlu mengutamakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

"Mungkin kali ini agak berbeza kerana kami di sini jauh di negara orang dan sudah pasti perasaan sedih dan hiba itu pasti ada bagi setiap orang daripada kami," katanya yang merindui isteri, Faridah Harun, 52 dan empat anaknya.

Justeru, keluarga besar PDRM di Timor Leste di sini yang bertugas bersama Mal-FPU dan Unpol ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan seperjuangan di PDRM, keluarga dan sahabat handai tidak kira di mana mereka berada.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.