ARKIB : 18/08/2012
Dua mati lemas, tiga masih hilang
JOHOR BAHRU 17 Ogos - Hajat enam warga Indonesia untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga tercinta di kampung halaman, tidak menjadi kenyataan setelah dua daripada mereka mati lemas dan tiga lagi masih hilang apabila bot pancung dinaiki karam dipukul ombak berhampiran Tanjung Pengelih, Kota Tinggi dekat sini semalam.
Kejadian berlaku pukul 12 tengah hari semalam, semasa mereka yang tinggal dan bekerja di negara ini secara haram cuba menyeludup pulang ke kampung masing-masing menaiki bot berkenaan.
Mayat pertama mangsa dikenali sebagai Shamsuddin, 34, ditemui pukul 2 pagi di perairan Singapura oleh polis pengawal pantai Singapura sementara satu lagi mayat lelaki ditemui pada pukul 6 petang di 3 batu nautika tenggara Tanjung Stapa.
Seorang rakan mangsa, Zulkarnain Yusman, 26, dan tekong bot yang memiliki taraf penduduk tetap, Harman Latip, 44, bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Adon Shalan berkata, siasatan awal mendapati, kesemua pendatang asing tanpa izin (Pati) terbabit cuba diseludup keluar dari Kampung Pasir Putih di Pasir Gudang dekat sini ke Batam, Indonesia pada kira-kira pukul 12 tengah hari melalui perairan Tanjung Pengelih.
"Bagaimanapun, Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Johor Bharu hanya dimaklumkan tentang kejadian itu pada pukul 8.25 malam tadi oleh nelayan tempatan yang berjaya menyelamatkan seorang rakan mangsa di perairan berkenaan.
"Kami yang dimaklumkan tentang kejadian itu segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat yang kemudian membawa kepada penemuan tekong bot di kawasan perairan sama pada pukul 9.30 malam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Adon, kedua-dua mangsa terselamat kerana sempat berpaut pada boya dan tong minyak tetapi tiga penumpang lagi masih hilang dipercayai dihanyutkan ke perairan Singapura.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih diteruskan dengan kerjasama polis pengawal pantai Singapura dan Pusat Kawalan Penyelamat Maritim Singapura.
Beliau berkata, mayat mangsa lemas diuruskan oleh pihak berkuasa Singapura, manakala dua yang terselamat dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
Jangan tolak kerajaan - Najib
KDN tangani fitnah siber
Pembaca Cina sokong tindakan terhadap Red Bean Army
Citrawarna 1Malaysia penuh kemeriahan
Selesaikan dalam enam bulan
AirAsia perlu diberi pengajaran
Kaji kembalikan nama Universiti Pertanian
Fiesta Riuh Sakan meriah
Fiesta 75 Tahun Utusan meriah
Shabery ucap tahniah kepada Utusan
Bantu naik taraf ekonomi Melayu, India
Halal: Malaysia beri sumbangan besar kepada Kazakhstan
221 terima darjah kebesaran Pahang
'Kami tempuhi bersama'
Budak tak boleh kahwin kecuali dapat kelulusan
BN tidak pernah curi kemenangan pembangkang, ia tuduhan palsu - PM
Agong sempurnakan pelancaran Citrawarna 1Malaysia
UMNO Kelantan akan kemuka petisyen Parlimen Bachok, 3 DUN
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









