ARKIB : 18/08/2012
'Kami tidak maafkan dia' - Bapa Nurul Firzanah
KUALA LUMPUR 17 Ogos - Ibu bapa kepada mangsa terbakar, Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, tidak sesekali akan memaafkan perbuatan suspek yang tergamak menyimbah petrol dan membakar anaknya berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, Isnin lalu.
Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, seluruh keluarganya tidak akan memaafkan perbuatan suspek itu yang memperlakukan mangsa sedemikian rupa sedangkan mereka sudah mengenali sejak kecil.
Katanya, dia berasa sangat sedih melihat keadaan anaknya itu yang sedang kritikal dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang sangat kejam.
"Hati saya dan isteri, Norhiyati Abdul Hamid, 45, bagaikan dirobek setiap kali memikirkan apakah kesalahan Nurul Firzanah sehingga diperlakukan sedemikian tanpa belas kasihan.
"Sesekali tidak akan memaafkan segala perbuatan suspek ke atas anak saya, apatah lagi beberapa hari sahaja kita akan menyambut hari raya dan semua persiapan dibuat selama ini bagaikan tiada makna buat kami sekeluarga," katanya dalam nada sebak ketika ditemui Utusan Malaysia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Dalam kejadian jam 3.15 pagi pada Isnin lalu, mangsa keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun untuk bersahur sebelum disimbah petrol dan dibakar di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju sehingga menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan kini dilaporkan kritikal.
Menurut Mat Zaki, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Setapak, namun sehingga kini suspek masih bebas dan berharap hukuman berat dikenakan setimpal dengan perbuatan kejamnya itu.
"Nurul Firzanah baru sahaja menjalani satu pembedahan di bahagian leher bagi menutup saluran pernafasannya.
"Saya amat berharap dia akan kembali pulih dan dapat menjalani kehidupan normal seperti biasa, namun tidak dapat menjangkakan sebarang kemungkinan akibat kebakaran tersebut," katanya.
Mengulas kunjungan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Mat Zaki melahirkan rasa terharu dan berterima kasih atas kesudian pemimpin tersebut melawat anaknya yang kini sedang kritikal.
"Malah bukan itu sahaja, beliau turut menyumbangkan sejumlah wang untuk meringankan kos perbelanjaan berulang alik ke hospital.
"Saya amat berterima kasih atas keprihatinan Shahrizat memandangkan ketika ini kewangan keluarga tidak seberapa kerana hanya saya bekerja," katanya.
Bilik gerakan jerebu akan dibuka
IPU Johor, Melaka, Selangor tidak sihat
Nafi ada pertempuran dengan pengganas
Tentera Darat tumpu 4 teras
Kabinet setuju tubuhkan Mahkamah Koroner kendali kes kematian ketika dalam tahanan
Wanita perlu atasi halangan psikologi untuk menjadi insan berjaya - Rosmah
Syed Mokhtar swastakan Jeti Kuala Kedah?
Keputusan tidak boleh berhimpun di Padang Merbok muktamad - Polis
SPAD disaran pastikan harga tambang kekal - LPKPM
Terima realiti Terengganu negeri ke-11 termiskin
Lelaki tidak serius tentang kanser
Majikan perlu sensitif - MNA
Syor Pangkor, Pengkalan Hulu kawasan bebas cukai
Konvensyen impak sistem meritokrasi terhadap pelajar Melayu
Perlu bijak rancang bajet beli kereta - NGO
Rembau mahu muncul nombor satu dalam pencapaian PMR
SPRM tingkat keselamatan pegawai
Kedah tubuh makmal transformasi
Kakitangan awam pantau harga barang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||










